Pelakon Adibah Noor di Twitter menyuarakan kebimbangan apabila jumlah harian kes positif di Selangor tinggi disebabkan ramai turun padang melakukan ujian calitan Covid-19. Ia berikutan negeri itu melakukan ujian calitan Covid-19 secara percuma. Justeru, Adibah bimbang sekiranya jumlah kes yang positif sebenar lebih tinggi berbanding yang dilaporkan. Katanya, jumlah positif berkemungkinan mencanak berkali ganda andai kata semua negeri Malaysia melakukan perkara sama seperti Selangor. Ciapannya itu menerima reaksi berbeza daripada netizen dan ramai menyuarakan kebimbangan yang sama.
"Sekurang-kurangnya tahu diri positif so kena paksa kuarantin diri. Melainkan orang yang ingat covid tu nothing, lepas tu dia selamba infect orang," antara komen netizen. Bak kata Adibah, kalau semua negeri melakukan ujian calitan Covid-19 secara percuma, tak mustahil angka harian mencecah 20,000 kes positif. - CARI
|
mamajawie replied at 20-5-2021 05:23 PM
benda dia ckap tu ada betulnya gak..
ADVERTISEMENT