LOMBOK: Gara-gara tanah seluas lima hektar bernilai 260 juta rupiah (RM75,000), seorang anak tergamak menyaman ibunya sendiri akibat tidak berpuas hati.
Lapor Kompas.com, Yusriadi, 45, memfailkan saman terhadap Senah, 70, berhubung tanah pusaka ayahnya yang dijual tanpa pengetahuannya. Menurut Senah, anaknya bersikap dingin terhadapnya dan sanggup tidak menziarahinya ketika hari raya walaupun rumah mereka hanya berjarak dua meter di Kampung Lendang Are. Namun, Senah berkata, tanah yang dijual itu sememangnya bukan milik anak-anaknya tetapi untuk kegunaan pendaftaran haji. Menurut Senah, anak-anaknya sebelum ini menerima bahagian masing-masing apabila satu lagi tanah sawah tanah sawah seluas 12 hektar milik suaminya sudah dijual dan hasilnya dibahagikan kepada mereka.
Sementara itu, Yusriadi tetap dengan pendirian untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap ibunya dan sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Jelasnya, dia tidak pernah diajak berbincang mengenai penjualan tanah sedangkan dirinya merupakan anak lelaki sulung. Katanya, dia hanya meminta hak sebanyak 0.80 hektar daripada penjualan tanah bernilai 260 juta itu. -CARI Sumber: Utusan Online
|
rosmahisham replied at 21-5-2021 08:51 AM
5 hektar baru 75k duit kita..kat malaysia cuma lot lidi je.
orgsepang replied at 21-5-2021 09:05 AM
Kan, akak pun macam tak percaya mula2 baca tadi.
rosmahisham replied at 21-5-2021 09:24 AM
Murahkan..mmg kaya yg keje kat Mesia bwk duit balik indon..kat sini boleh jd sub con contractor lg ...
notM replied at 21-5-2021 09:35 AM
Lebih kurang Melayu....jual tanah untuk naik haji...Pandai bisnes tanah je
cambaik replied at 21-5-2021 09:53 AM
Kita orangdah ada Tabung Hajitak perlu nak jual tanah
Tak macam bugis Indontak laku di bumi sendi ...
ADVERTISEMENT