|
Tujuh pegawai perubatan sedang disiasat kerana didakwa terlibat dalam rancangan pembunuhan legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona pada November lalu.
Pejabat pendakwa raya di Argentina memohon kepada hakim agar tujuh individu berkenaan tidak dibenarkan keluar dari negara itu. Tujuh individu berkenaan termasuk pakar bedah Maradona, Leopaldo Luque; pakar psikiatri, Agustina Cosachov dan pakar psikologi, Carloz Diaz. Kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun jika didapati bersalah. Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun kerana serangan jantung di kediamannya di Tigre, Buenos Aires pada 25 November tahun lalu.
Dua minggu sebelum kematiannya, dia baharu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak. -CARI Sumber: mStar/ SI.Com
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.766013 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.