Kecoh sejak beberapa hari lalu apabila netizen 'bercakaran' mengenai isu cara membuat laksa. Komen seorang pengguna dipercayai warga Johor yang menyelar tindakan warga Utara dan Pantai Timur apabila menggunakan ikan selain parang atau tenggiri khususnya kembung dan selayang telah menjatuhkan standard orang Johor dalam pembuatan makanan tradisi negeri itu. Hanya kerana laksa, ramai bergaduh mempertahankan cita rasa dan cara masing-masing memasak mengikut negeri. Isu tular itu turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang meminta semua pihak berhenti bergaduh mengenai isu berkenaan.
Kata Tunku Azizah, gunalah sebarang jenis ikan pun, yang penting teknik memasak kena betul. Baginda turut berkongsi cita rasanya yang lebih menggemari laksa Pahang yang dicampur dengan kuah laksa Johor. - CARI
|
Raline replied at 21-5-2021 10:35 AM
laksa ada vaksin tak?
rbmy replied at 21-5-2021 10:54 AM
hahahahahahahah gelak aku tau.. menyempat..kng tnya dengki ke?
kucingitam replied at 21-5-2021 11:36 AM
yah kucai makan mi kari kuah laksa pun tak heran derr
ADVERTISEMENT