Seorang pelajar sekolah menengah di Bengkulu dibuang sekolah selepas memuat naik video dirinya menghina isu Palestin sehingga tular dalam media sosial. Lapor Kompas.com, hasil perbincangan Ketua Pendidikan Benteng, Adang Parlindungan dengan pihak sekolah memutuskan tindakan itu diambil.
“Keputusan itu diambil kerana pihak sekolah sudah merekodkan data kesalahan tatatertib pelaku yang melanggar peraturan. Malah, data itu sudah melebihi daripada had kesalahan yang dilakukan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Bengkulu Tengah, Ary Baroto berkata, kes pelajar itu dianggap sudah selesai kerana hasil pertemuan yang dijalankan, pihaknya berjaya menemui jalan tengah dan murid itu sudah dimaafkan. “Kami sudah menyelesaikan kes ini dengan keadilan sewajarnya kerana tidak semestinya setiap masalah perlu dihadapkan dengan undang-undang,” jelasnya.
Hasil pertemuan melibatkan penjaga, pihak sekolah dan tokoh masyarakat, pelajar itu membuat permohonan maaf serta menyesal dengan perbuatannya. “Saya minta maaf atas perbuatan sendiri kepada seluruh penduduk Palestin dan Indonesia,” katanya. Sumber: Utusan Malaysia
|
Simunggu: org kapir hina palestine...sebenarnya banyak tapi takut secara terang terangan...
Simunggu replied at 21-5-2021 11:59 AM
org kapir hina palestine...sebenarnya banyak tapi takut secara terang terangan...
Decaffeinated replied at 21-5-2021 12:10 PM
Macam mana tak takut, hamas operatives katanya 'banyak' kat Malaysia. Dan banyak tu tak perlu juta ...
Decaffeinated replied at 21-5-2021 12:10 PM
Macam mana tak takut, hamas operatives katanya 'banyak' kat Malaysia. Dan banyak tu tak perlu juta ...
Simunggu replied at 21-5-2021 01:56 PM
hamas bukan mcm yahudi bunuh kanak kanak tak berdosa yg sedang main semban
ADVERTISEMENT