Diana Danielle menerusi Instagram turut menyuarakan sokongannya terhadap rakyat Palestin dan mengecam tindakan Israel yang berlagak seperti mangsa! Aktres itu berkongsi beberapa gambar lama Palestin sebelum kedatangan Israel. Ia dilihat sebagai sebuah negara yang aman denn jalan, sengai bina, budaya, pelbagai bangsa dan seninya tersendiri. Malah, mereka juga seperti kebanyakan negara lain ada teater dan konsert. "Kenyataannya, Palestin tidak memerlukan pendatang Israel yang berselerak di merata dunia kerana melarikan diri dari kekejaman Nazi. "Mereka adalah pelarian yang menjejakkan kaki ke ke bumi Palestin sehelai sepinggang dan kini mereka berlagak seolah-olah merekalah bangsa paling maju, tapi mereka angkuh dan jahil," tulis Diana. Katanya, penduduk Palestin hari ini dilayan seperti pelarian, ditindas dan dibunuh di negara sendiri. "Tak pernah dalam hidup saya menyaksikan pengganas berlagak seperti mangsa. "Acah gangster tapi bau susu. Duduk bawah ketiak mak dia sambil buat jahat sebab tahu mak akan bekap!" katanya.
|
ADVERTISEMENT