TUMPAT - Tindakan seorang wanita berusia 30-an dan didakwa sedang mengandung 'melarikan diri' dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bunut Susu untuk menyambut Aidilfitri membawa padah.
Ini kerana wanita tersebut disahkan positif Covid-19 dan sikap tidak bertanggungjawabnya meraikan Aidilfitri dengan melakukan kunjung mengunjung menyebabkan virus tersebut menular dalam kalangan penduduk Kepulauan Tumpat. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sebanyak 22 kes positif Covid-19 direkodkan setakat Khamis hasil daripada 80 ujian saringan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ia melibatkan empat lokaliti iaitu Teluk Renjuna (11 kes), Pantai Haji Nik Mat (6), Pulau Beluru (4), dan Pulau Suri (1). "Kami juga mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh singkat dengan kadar positif direkodkan ialah 27.5 peratus," katanya. Menurutnya, PKPD akan dilaksanakan di Kepulauan Tumpat melibatkan Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri bermula dari 22 Mei hingga 4 Jun. -CARI Sumber: Sinar Harian |
airmineral replied at 21-5-2021 02:43 PM
pkpd pastu dia boleh lepas ? xpahammm
airmineral replied at 21-5-2021 02:43 PM
pkpd pastu dia boleh lepas ? xpahammm
nazzse replied at 21-5-2021 02:58 PM
Ni kawasan pulau. Theyols lari naik bot bukan ikut jeti lah ni. Turun ikut depan rumah. Polis/askar ...
taji2906 replied at 21-5-2021 07:04 AM
orang kelantan panggil jenis babei (degil)
aku mula2 dengar terus ckp.. haah memang perangai babi d ...
ADVERTISEMENT