Antara tuntutan komersial dan perjuangan kemanusiaan, nampaknya aktres Mimi Lana memilih untuk bersuara tentang kebenaran. Walaupun ini bermakna dia terpaksa melepaskan peluang keemasan, namun Mimi tetap bersama rakyat Palestin dalam perjuangannya menentang kekejaman Israel. Menerusi ciapannya di Twitter, Mimi menerangkan yang dia sanggup membatalkan sesi fotografi bersama jenama Dior, yang juga didakwa menyokong Israel. Baginya, ia adalah sumbangan kecil, namun penuh bermakna buat dirinya. Selain itu, Mimi juga berikrar untuk terus bersama-sama rakyat Palestin dan model kegemarannya, Bella Hadid. Antara artis Malaysia yang kerap mengemaskini perkembangan rakyat Palestin di laman media sosialnya, Mimi turut menyatakan yang tindakan produk kosmetik tersebut menyingkirkan Bella Hadid dari kempen produk tersebut. Jadi, adalah sensitif jika dia bersetuju dengan tawaran tersebut. Sementelah lagi dengan perlanggaran gencatan senjata ketika ini membuatkan dia nekad dengan keputusannya. Aktor, Bront Palarae turut terharu dengan tindakannya itu. Tahniah Mimi Lana atas keputusannya. Persoalannya sekarang, artis manakah yang akan menggantikan tempat Mimi nanti? Sama-sama kita nantikan. - CARI |
timohnotecah replied at 22-5-2021 09:52 AM
Bravo mimi lana...timoh suka...ini artis yg berprinsip....beza dgn sorang niqabis ni, dengan bangga ...
Masukkeluar replied at 22-5-2021 02:27 AM
mcm poyo je..dan sengaja nk show off kt netz. diam diam xpyh bgthu tk boleh ke??? nak pujian jgk ni. ...
jijana replied at 22-5-2021 10:36 AM
Tgkla smpi bile dia nak tolak dior tu...situation tgh panas so good act la dia tolak..mimi ni bg a ...
Beribear replied at 22-5-2021 10:02 AM
Apa yg dia hide tu? Kalau keadaan dah kembali reda dia buat balik photo shoot tu ke? Apa2 pon iols t ...
Masukkeluar replied at 22-5-2021 10:38 AM
bagus la dio tolak sbb dia ada emphaty..tapi bila dia share sana sini siap ss wassap conv tu mcm a ...
ADVERTISEMENT