CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peguam persoal layanan istimewa terhadap Neelofa, suami

23-5-2021 12:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18365| Komen: 172

Gambar Neelofa dan PU Riz memasuki pekarangan Mahkamah Majistret Khamis lalu dirakamkan BERNAMA manakala foto kecil ialah Azmi Abdoll Aziz. - Gambar SINAR HARIAN



SEREMBAN: Peguam-peguam Negeri Sembilan membuat aduan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan berhubung layanan istimewa yang diberikan kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor dan suaminya, Mohammad Haris Mohd Ismail semasa mereka hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis lalu.

Menerusi aduan tersebut, mereka dikatakan mempersoalkan mengenai layanan istimewa apabila kenderaan pasangan itu yang dibenarkan memasuki ke dalam kompleks mahkamah, sementara individu yang lain pula perlu parkir di bahagian luar.

Sinar Harian dimaklumkan, kenderaan yang dibenarkan parkir di dalam kawasan premis mahkamah itu hanya kenderaan kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya dan pengecualian kepada orang awam (orang kurang upaya).


Malah, pengadu turut mendakwa bahawa ada sesetengah peguam yang dimarahi oleh pengawal keselamatan apabila mereka meminta untuk membawa masuk kenderaan ke dalam pekarangan mahkamah.

Namun, mereka patuh bagi menghormati integriti institusi tersebut.

Menerusi aduan itu lagi, perlakuan ini bukan sahaja akan dipandang negatif oleh orang awam, malah mahkamah juga akan terpalit sama dengan pandangan yang buruk.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz, pihaknya menerima surat aduan tersebut pada petang Khamis, iaitu hari sama kes Neelofa dihadapkan ke Mahkamah Seremban.

Katanya, surat aduan tersebut telah dimajukan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Madihah Harullah pada petang Jumaat.

"Kita telah serahkan surat kepada pihak Mahkamah Negeri Sembilan dan berharap mereka akan memberi maklum balas dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.




Sumber : Sinar Harian
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 22-5-2021 02:45 PM
Kalau tgok video pun lepas scan ada 2 org guard suruh lopak n pubird proceed jalan kaki pi msuk mahkamah. Tp lopa berpaling n terus msuk kete. Pstu ttbe ada sorg polis kt situ arahkan guard buka palang. Rasanya polis yg bg arahan utk buka palang tu ptut menjawab. Guard kt situ nmpak sgat ikut arahan sebelum2 ni which is semua kena park luar n jalan kaki msuk mahkamah
Quote Piramida 22-5-2021 02:48 PM
Peguam2 kat NS pun meluat dgn Jah bungkus.

Quote kaseh80 22-5-2021 02:49 PM
Pu bird and kobis expect VIP treatment di mana saja berada

Quote Timortimur 22-5-2021 02:53 PM
Akhirnya kejahatan family paki budu ni terserlah
Adik dia amera punyalah berlagak cakap melayu bodoh kan, maki org sana sini sekarang rasakan plk family mereka yg kena
Quote tukul 22-5-2021 02:54 PM
Orix replied at 22-5-2021 02:45 PM
Kalau tgok video pun lepas scan ada 2 org guard suruh lopak n pubird proceed jalan kaki pi msuk mahk ...

Guard dah selamat dr kena soal oleh pengurusan mahkamah..
Quote white_musk 22-5-2021 02:55 PM
Timortimur replied at 22-5-2021 02:53 PM
Akhirnya kejahatan family paki budu ni terserlah
Adik dia amera punyalah berlagak cakap melayu bodo ...

Bukankah followers nya juga orang melayu?
Quote cupu 22-5-2021 02:57 PM
Syp je ig diaorg kan....mesti demam2 ketar nak update tp kena bersabar dulu
Quote dudaberhias 22-5-2021 02:58 PM
cancelled bertimpa2 selalu lepas kahwin je retis akan merundum.... nampaknya neelokap terus terjunam dalam lautan lepas kahwin following the trend gitterw dan mendahului
Quote Artemesiaa 22-5-2021 03:04 PM
Waktu sekarang ni ramai dirumah kalau ada yang buat silap pasti ramai yang perhati dan pertikaikan.
Quote supernaturalee 22-5-2021 03:05 PM
Mesti dpt arahan from someone
Klu x mn tau die
Lawyer pun diwho are yousskan management court

Oh maybe sheols law far

Quote becir 22-5-2021 03:06 PM
Semoga badi gila isim sohai melekat kat jahjobo n laki biawak sampai bila2...

Quote takayama 22-5-2021 03:07 PM
klu ms peak hour mmg x blh parking dlm tu, guard mmg x bg msk maka kenalah parking kt seberang court dan melintas beramai2
jd mmg patut kena cari pihak yg benarkan dedua ni leh msk sesedap rasa sdgkan diaorg msh muda dan sihat plk tu
Quote tikusmontok 22-5-2021 03:10 PM
cupu replied at 22-5-2021 02:57 PM
Syp je ig diaorg kan....mesti demam2 ketar nak update tp kena bersabar dulu

Dok post pasal palestin jer skrg...edisi mensuci diri di mata lobenaks
Quote kaseh80 22-5-2021 03:13 PM
Above the law ni law far
Quote ImpianSeroja 22-5-2021 03:14 PM
Isu parking..wait n see apa jawapan yg bakal keluar
Quote naina 22-5-2021 03:15 PM
Agaknya driver drop off je Dorang pahtu keluar balik kereta. Dah Setel kereta masuk balik.
Quote Firenzza 22-5-2021 03:15 PM
Instafamous yg rentas negeri balik johor elok je pakai jubah kopiah masuk court
Puris ni terbalik plk kopiah dah terbang kemana, sbb sivil court kot? mhkamah syariah baru pakai kopiah bagai
Quote miszclassique 22-5-2021 03:15 PM
Telan jelah ye lopak, semua dah berpatah arang dengan mu sbb perangai mu... dulu kau pernah kat atas tapi kau besar kepala provok2 orang
Quote zamnie 22-5-2021 03:17 PM
Mmg not fair sgt.. pls la polis tu yg bg masuk mcm baguss jekk

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.578416 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top