|
Siapa tidak sedih dan marah jika anak dihina, lebih-lebih lagi apabila dituduh anak haram. Bukan setakat anak dihina, malah isteri pelawak Ali Puteh turut dituduh kaki jantan serta dimaki dengan kata-kata kesat yang sangat melampau! Tiga hari lalu, Ali menerusi Instagramnya menawarkan wang tunai RM1,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit. Semalam, Ali memaklumkan sudah menemui individu terbabit yang bagaimanapun menafikan ada membuat tuduhan berkenaan. "Katanya bukan dia yang buat. Orang lain guna Instagram dia untuk menghina saya dan keluarga.
"Jadi, saya serah pada polis je. Mereka lebih arif untuk menyelesaikan masalah ini," tulisnya. Di penghujung hantarannya itu, Ali berpesan kepada seluruh umat Islam supaya tidak mudah menabur fitnah. "Tak apa, jangan kita balas. Allah akan balas," katanya. - CARI
|
dewi_rina replied at 24-5-2021 04:56 PM
1k je? Dah jumpa ke belom? Yg tulis tu pun mcm yindon je.. kawan bini dia kot
Sbb nampak macam kena ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.041038 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.