|
Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta warganet berhenti mengecam golongan wanita berniqab berikutan isu pelitup muka yang menjadi bualan hangat di laman sosial sejak kebelakangan ini.
Menerusi perkongsian video berdurasi 2 minit 10 saat di Instagram, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid turut menunjukkan cara pemakaian pelitup muka bersama niqab. Menurutnya, dia percaya ramai wanita berniqab pasti menggunakan pelitup muka semasa memakai niqab untuk pelindung diri. Nurulhidayah berkata, tujuan video itu dihasilkan adalah untuk mendidik dan memberi kesedaran mengenai pemakaian pelitup muka sekiranya memakai niqab. "Saya harap mereka yang berniqab di luar sana jangan sedih-sedih, jangan rasa 'down' teruskan istiqomah dengan niqab," ujarnya lagi. Nurulhidayah juga sempat bergurau bahawa andai kata sudah memakai pelitup muka namun bentuk hidung masih kelihatan.
|
krustykrab replied at 24-5-2021 05:47 PM
Dh pakai fm tak payah la kot berniqab bagai...
Nana_Man replied at 24-5-2021 05:53 PM
Attention seeker. Ingt pandai, rupa nya bengong jgk. Ari tu dia ckp pasal iklan kt spore. Iklan yg d ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.167046 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.