Kubur besar yang menyimpan mayat-mayat wanita ditemui di sebuah kebun, di belakang rumah bekas anggota polis di El Salvador. Penyiasat membuat penemuan itu ketika mereka menjalankan siasatan mengenai seorang bekas anggota polis, Hugo Ernesto Osoria Chavez yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita berusia 57 tahun dan anak perempuannya yang berusia 26 tahun.
Ketika tiba di lokasi itu, penyiasat menyedari kawasan tanah di belakang rumahnya berbeza daripada kebiasaan. Mereka kemudiannya memulakan proses menggali sebelum menemui banyak tubuh wanita yang dipercayai menjadi mangsa keganasan seks dan pembunuhan. Dalam perkembangan terbaharu, Chavez dan 10 individu lain sudah ditahan berhubung kes itu. -CARI
Sumber: mStar/ Daily Star.
|
supernaturalee replied at 25-5-2021 08:20 AM
Ni sebijik mcm rncgn kt axn, Buried at the backyard
Ada yg dh berpuluh thn
Cold case
ADVERTISEMENT