India kini sedang menghadapi gelombang kedua Covid-19 yang menyaksikan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam sehari. Setakat Sabtu, jumlah jangkitan di negara itu sudah mencecah lebih 26 juta.
Dalam situasi yang kian memburuk dengan perkhidmatan kesihatan semakin terbeban, rata-rata rakyat di negara itu mengamalkan petua tersendiri untuk mengelakkan jangkitan virus maut tersebut. Baru-baru ini video memaparkan penduduk kampung menyedut wap daripada periuk nasi menjadi tular di internet. Difahamkan, petua lama tersebut digunakan secara meluas ketika ini. Dikatakan petua tersebut berkesan untuk memberi keselesaan pada rongga hidung selain mampu memulihkan selesema, sinus, bronkitis dan lain-lain yang secara tidak langusng membolehkan pernafasan kembali normal. -CARI
Sumber: mStar Online/ India.com
|
ADVERTISEMENT