Sudah lebih setahun negara berusaha untuk menangani penularan wabak Covid-19 sehingga ramai rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan terkesan dengan situasi kini.
Malah penyanyi rap Altimet juga mengakui dia sudah letih berdepan dengan keadaan Covid-19 yang sehingga kini semakin membimbangkan. Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad turut berasa simpati dengan perkembangan sosial anak-anaknya yang tidak dapat ke sekolah selain menanggung kerugian perniagaannya. "Aku dah penat. Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan. Kehendak peribadi letak tepi, untuk kebaikan semua, jadi negara kita ni pulih balik, kalahkan pandemik ni.
"Aku penat nak beritahu kat anak aku fasal virus ni, musuh yang tak dapat dilihat ni. Aku penat nak jelaskan kat dia kenapa dia tak dapat main dengan saudara dia dan kawan-kawan dia. "Aku kesiankan anak-anak aku sebab perkembangan sosial dan persahabatan mereka terbantut akibat tak pergi sekolah. Aku dah penat tanggung kerugian bisnes aku," kata Altimet.
|
September14 replied at 25-5-2021 08:52 AM
Semua org penat
Diva aa je x penat sbb duit berkepok kepok duit berkepok kepok duit bkepok kepok
slyfynx replied at 25-5-2021 09:22 AM
Jap,
Nape aku rase mcm ade eh thread die ni sblm ni?
Sbb aku teringat gmbr dalam lif tu.
umbut replied at 25-5-2021 09:25 AM
Betulll.. Kesian kat anak2. Nak bawak jln2 mkn2 holiday pun xdapat.. Lagi2 org yg degil sebar virus ...
ADVERTISEMENT