Program Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan RTM dan TV3, termasuk Bernama pada Ahad malam, mendapat perhatian ramai. Orang ramai mempertikaikan sama ada wawancara itu disiarkan secara langsung gara-gara jam tangan yang dipakai perdana menteri ketika rancangan bersiaran menunjukkan pukul 6 petang, tiga jam lebih awal.
"Ku sangkakan live, rupanya recorded (rakaman) haha," ujar seorang lagi netizen. "Rupa-rupanya ada time difference (perbezaan waktu) waktu Semenanjung Malaysia dengan waktu siaran langsung dekat studio RTM... tiga jam berbeza semasa siaran langsung," komen netizen. "Kantoilah pula," tambah yang lain. Berdasarkan semakan, program itu disebut sebagai siaran ‘langsung’ oleh pihak TV3 dan Bernama di laman sosial masing-masing. Susulan kekecohan di media sosial, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi mengesahkan bahawa program Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan pada Ahad malam sebenarnya adalah rakaman yang dibuat pada Sabtu. Ditanya mengenai Bernama termasuk Bernama TV menyebut 'langsung' mengenai program itu di laman sosialnya, Ras Adiba yang merupakan Ahli Dewan Negara berkata, ia merujuk kepada waktu program itu bersiaran, dan bukannya ia disiarkan secara langsung. "Perkataan 'langsung' itu merujuk kepada waktu rakaman program itu sedang on air atau sedang ke udara menerusi platform digital pada ketika ia bersiaran di saluran Bernama TV, bersama yang lain di RTM dan TV3. Kita tak sebut 'siaran langsung' ketika program itu ke udara," jelas beliau. Menerusi semakan, RTM dan Bernama tidak menyebut 'langsung' pada poster program tersebut, kecuali TV3 yang menyatakannya sebagai 'siaran langsung'. Dalam pada itu, Ras Adiba berkata, apa yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan oleh perdana menteri kepada masyarakat menerusi program berkenaan. "Bagi saya, apa yang penting adalah mesej dan maklumat yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita semua bijak untuk menilainya. "Fokus kita adalah sama-sama bersatu-padu dengan memainkan peranan masing-masing dalam keadaan semasa Covid-19 yang membimbangkan, kasihan dengan frontliners... kita semua kena sama-sama jaga diri," kata beliau sambil menasihat masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak. Menerusi wawancara yang berlangsung selama sejam itu, antara kupasan yang disampaikan adalah mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini, SOP, pemberian vaksin Covid-19 dan pemulihan aktiviti ekonomi negara ketika pandemik. Sumber: mStar
|
tripleid replied at 25-5-2021 09:03 AM
mana la si sembab ni berani nak buat live..sepanjang jadi pm 15bulan ni pn x penah lagi buat pc dep ...
ulamalu replied at 25-5-2021 09:22 AM
Rass pernah sekali.
ADVERTISEMENT