|
Tujuh tahun melayari kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah satu tempoh masa yang singkat buat pelakon Liza Abdullah. Bohong jika pelakon berusia 56 tahun ini tidak mahu berkahwin lagi untuk mencari seseorang yang dapat menemani hari depannya.
Bagaimanapun Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah realistik bahawa soal jodoh dan maut adalah ketentuan Allah SWT. "Kahwin adalah kerja Allah dan siapa yang tak nak kahwin kan! Kalau kita perhatikan, kebanyakan artis senior kita pada penghujung usianya hidup berseorangan. "Kalau ditanya berkenaan jodoh, kita tidak boleh menidakkan jodoh yang datang. Kalau Allah kata pengakhiran hidup saya akan solo selama-lamanya saya akan terima.
"Namun jika Allah hadirkan seseorang saya akan tengok terlebih dahulu samada boleh terima atau tidak," katanya yang bercerai dengan bekas suami, Zolkifli Abdul Rahman pada 2014. Menurut Liza, ada ketika terdetik dihatinya menyukai seseorang, namun tidak diizinkan Allah atas sebab-sebab tertentu.
|

umbut replied at 25-5-2021 10:05 AM
Ex laki lum kahwin. Rujuk lah balik cam hattan. Dari ko pening layan madu ngan anak tiri

msamyrazi replied at 25-5-2021 10:28 AM
dari jadi bini bernombor , ada baiknya lah acik liza jadi bini shah rezza . bujang trang trang lagi ...


msamyrazi replied at 25-5-2021 10:28 AM
dari jadi bini bernombor , ada baiknya lah acik liza jadi bini shah rezza . bujang trang trang lagi ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.936544 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.