CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Megadeth pecat David Ellefson

26-5-2021 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2494| Komen: 9|Original author: Raline

 


DAVID Ellefson, pemain bass Megadeth.

Los Angeles: Kumpulan thrash metal popular dunia, Megadeth memecat pemain bass, David Ellefson berhubung tuduhan membabitkan skandal seks.

Ellefson yang menubuhkan Megadeth bersama penyanyi dan pemain gitar, Dave Mustaine pada 1983 dituduh cuba menggoda gadis bawah umur secara dalam talian.

Mustaine dalam satu kenyataan semalam berkata, Eleffson bukan lagi anggota Megadeth.

"Kami mengumumkan David Ellefson tidak lagi bersama Megadeth dan kami sudah berpisah secara rasmi.

"Ini bukan keputusan yang mudah. Walaupun kami tak tahu sepenuhnya apa yang terjadi, tetapi dengan hubungan yang semakin renggang, semua ini sudah cukup untuk kami tidak bekerjasama lagi," katanya.

Sementara itu, pemain bass berusia 56 tahun itu menafikan tuduhan itu menerusi Instragram.

Katanya, tuduhan itu adalah niat buruk pihak ketiga yang mahu merosakkan reputasi, kerjaya dan keluarganya.

Ellefson yang menubuhkan Megadeth bersama Mustaine di Los Angeles kekal bersama kumpulan sebelum keluar pada 2002. Dia kemudian kembali bersama Megadeth pada 2010.

Megadeth yang memiliki 16 album studio dan terjual lebih 38 juta unit di seluruh dunia diiktiraf antara kumpulan thrash metal terbaik atau 'the big four' bersama Metallica, Anthrax dan Slayer.

Selain Mustaine dan Ellefson, ia turut dianggotai Kiko Loureiro (gitar) dan Dirk Verbeuren (dram).

Sumber:https://www.hmetro.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 25-5-2021 06:35 PM
Anthrax tu masih aktif ke?yg tau ..slayer tu dah pencen.
Quote uori 28-5-2021 12:02 PM
meh pindah sini meh

sini pedo hidup aman2 je
Quote uori 28-5-2021 12:06 PM
alesandra replied at 25-5-2021 06:35 PM
Anthrax tu masih aktif ke?yg tau ..slayer tu dah pencen.

abang aku dulu obses dengan Anthrax. di mana mana mana saja dia conteng logo Anthrax.
kat baju la. kat beg la. kat kasut pun dia lukih logo Anthrax.
tak faham aku

Quote alesandra 28-5-2021 12:14 PM
uori replied at 28-5-2021 12:06 PM
abang aku dulu obses dengan Anthrax. di mana mana mana saja dia conteng logo [/backcol ...

Maksudnya abg2 kita  ni minat thrash metal la tu.aku setakat metallica boleh la terjebak minat sama.yg lelain tu sorry laa..too heavy
Quote uori 28-5-2021 12:22 PM
alesandra replied at 28-5-2021 12:14 PM
Maksudnya abg2 kita  ni minat thrash metal la tu.aku setakat metallica boleh la terjebak minat sam ...

terlebih minat gamaknya.
samalah sebab aku cuma boleh minat kalau penyanyi tu nyanyi sebut sebutir2 aku faham.

heavy sangat aku tak faham.
konsert metallica dengan bon jovi aku ada gi tapi konsert anthrax dorang nak buat kat menara pgrm tu entah apa citer.
tapi memang taklah aku nak gi.

dan sebab abang aku jugaklah aku tak minat lagu melayu sebab dia merengsa dengan lagu melayu.
kami tak sedar diri kan


Quote alesandra 28-5-2021 12:31 PM
uori replied at 28-5-2021 12:22 PM
terlebih minat gamaknya.
samalah sebab aku cuma boleh minat kalau penyanyi tu nyanyi sebut sebut ...

Weiiii kita sama laaa.aku pun penah tgk konsert metallica,bon jovi.bon jovi tu  tgk masa 1st time diorg dtg sini..tgk dgn kakak.bon jovi ni puncanya kakak aku minat.aku pun ikut sama.abg tak minat .metallica tu aku pegi sorang2.yg 'punca'  tak pegi...setakat ambik aku kt station bas memlm buta ...
Quote uori 28-5-2021 12:37 PM
alesandra replied at 28-5-2021 12:31 PM
Weiiii kita sama laaa.aku pun penah tgk konsert metallica,bon jovi.bon jovi tu  tgk masa 1st time  ...

ntah2 kita ada bertembung bahu kan

bon jovi aku gi yang 2015
naik lrt je sebab dekat
dahlah beli tiket ngalahkan nak beli dadah
kena gi amek tiket kat kedai kaset ceruk manantah

berani ko gi sensorang
aku pulak konsert the cranberries je acah2 nak gi sorang sebab sorang habuk tak minat kecuali aku
last minit baru abang aku anta gf dia suruh teman aku
cis patut dia yang teman aku
hina sungguh the cranberries di mata dia
Quote alesandra 29-5-2021 09:35 PM
uori replied at 28-5-2021 12:37 PM
ntah2 kita ada bertembung bahu kan

bon jovi aku gi yang 2015

tulaa...aku pun cam x percaya je aku pegi konsert metallica sensorang.sbb aku sebenarnya penakut nak mampuih.tapi metallica beb...gileeerrr tak pegi!!!lagipun konsert kat stadium merdeka .masa tu pudu raya  masih berfungsi lagi.so aku sempat balik mlm tu jugak.aku dok ipoh..so lepas enter sandman aku blah.x tunggu sampai encore pun.ekceli konsert kat kl tu mcm menyelit last minute  je kan..diorg asalnya nak buat kat singapore je.ada la aku tgk yg dah beli tiket kat singapore punya riak show off bagai kat fb.sekali metallica turun kl jugak...booo

konsert cranberries tu pulak aku dapat tau lepas konsert tu dah habis .lagipun konsert tu seminggu ke apa  lepas arwah ayah aku meninggal.aku rase kalau aku tau awal2 pun aku takkan pegi.dolores pun dah mati mmg kempunan sungguh la.abg2 minat metal ni mmg satu pe'el suka menghina genre  rock yg lain  dari minat diorg.abg aku dulu selalu kutuk grunge.
Quote mily 30-5-2021 06:45 PM
Giler minat kump mehadeth ni... Semenjak abg aku kenalkn... Hensem dave...hikhik.. Girl crush sngt

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.095221 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top