Bekas isteri pelakon Fizo Omar, usahawan Mawar Karim mengingatkan mana-mana individu yang mengenali ibu bapanya agar tidak terpedaya dengan taktik sindiket penipuan atau scammer yang menggodam telefon bimbit orang tuanya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar, 32, mendedahkan individu yang menyamar sebagai ibu bapanya iaitu Aminuddin dan Faridah akan meminta wang daripada kenalan yang berada dalam senarai WhatsApp mereka. "Kepada sesiapa yang mengenali kedua ibu bapa saya, Aminuddin dan Faridah, telefon bimbit ayah dan ibu saya kena godam. "Scammer ada minta yang kononnya berlakon jadi ibu bapa saya, guna nombor telefon mereka untuk minta transfer duit ke akaun scammer.
"Diharapkan kalian yang kenal ibu bapa saya jangan sesekali percaya pada WhatsApp tersebut dan jangan terpedaya untuk transfer duit," katanya. Menurut Mawar, dia dan ibu bapanya mengambil serius perkara ini dan akan membuat laporan polis agar tindakan lanjut boleh diambil terhadap individu tidak bertanggungjawab tersebut. "Kami memandang serius perkara ini... kami akan buat laporan untuk tindakan lanjut kepada scammer yang tidak bertanggungjawab. "Harap maklum. Kerjasama kalian amat kami hargai," katanya.
|
kaka_tima replied at 27-5-2021 07:29 PM
Dengar citer dah jadi bini no 3 Khai..kuingatkan Khai mana, rupanya pak lebai asas tani tu {:cryrun
Perawankota replied at 27-5-2021 09:11 PM
Dia ni ke bini no 3
kaka_tima replied at 27-5-2021 07:29 PM
Dengar citer dah jadi bini no 3 Khai..kuingatkan Khai mana, rupanya pak lebai asas tani tu {:cryrun
kaka_tima replied at 27-5-2021 07:29 PM
Dengar citer dah jadi bini no 3 Khai..kuingatkan Khai mana, rupanya pak lebai asas tani tu {:cryrun
lifeline replied at 28-5-2021 09:19 AM
Aku gugel pak lebai khai tu
Serious la mawar berselera kalo btul gossip ni?
Downgrade gilaaaaaaa
ADVERTISEMENT