Berlin: Gara-gara mahu menimbulkan rasa cemburu bekas teman lelakinya, wanita di Jerman ini sanggup mengadakan majlis perkahwinan olok-olok. Sarah Vilard, 24, memakai gaun labuh berwarna putih berjalan sambil memimpin tangan pengantin lelaki upahan sebelum memuat naik video di TikTok yang meraih lebih 1.8 juta tontonan dan ribuan komen.
Dia yang menetap di Frankfurt itu berpisah dengan bekas teman lelakinya pada 2019 sebelum membuat rancangan berkenaan bersama rakannya. Sarah sanggup menyewa Villa Kennedy dan mengajak rakannya menjadi pengiring sebelum memuat naik gambar di Instagram untuk membuat bekas pasangannya itu cemburu. "Saya puas hati sebab dia 'naik gila' tengok gambar di Instagram.
"Dia mesej saya sehari selepas itu dan marah kerana menyangka saya menipunya ketika kami masih bersama. "Dia juga datang ke rumah untuk bercakap dengan saya, namun saya tidak berminat berjumpanya," kata Vilard kepada Jam Press. Katanya, dia menyekat akaun media sosial lelaki itu dan 'membuangnya' terus dalam kehidupannya sebagai satu bentuk pengajaran. Perkongsian Vilard di media sosial itu meraih pelbagai reaksi termasuk ada yang mengecam tindakannya sebagai seorang psiko. Namun, wanita itu tidak peduli dengan sebarang pandangan negatif terhadapnya kerana apa yang dilakukannya membuahkan hasil. "Sekarang saya bujang dan saya sangat gembira. Selepas ini saya boleh fokus pada diri sendiri saja," katanya dalam portal New York Post.-CARI Sumber: Harian Metro
|
dragneel replied at 27-5-2021 10:54 AM
asalkan puas hati ye dak?
capiloton replied at 27-5-2021 02:22 PM
biasa la pompuan. puas hati tu penting
salmon-suki replied at 27-5-2021 06:25 PM
Pengaruh citer teman lelaki upahan ke
Baidewei,kenapa x je cari partner y betul2 boleh ...
ketupatnasi replied at 27-7-2021 09:34 PM
Chuols tak penah hantar munger kt diri sendrik zaman skolah dulu kah??
Weols junior pnh kna pa ...
iman_kasih replied at 27-7-2021 09:53 PM
Apple's day? Memori zaman sekolah sgt tu. Tp iols tak penah la hantar kat diri sendiri.
ketupatnasi replied at 27-7-2021 09:55 PM
Sah oldskool kita neh.
Iols men tukar2 dgn kenkawan.. Kira bagik kt diri sendiri tak tuhh??
ADVERTISEMENT