CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sasha Saidin mengambil keputusan berhijrah ke Dubai

27-5-2021 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15411| Komen: 82|Original author: Raline


SASHA akan membawa anaknya menetap di Dubai tahun ini.

SELEPAS bergelar isteri kepada Sirhan Wahab, penyanyi Sasha Saidin mengambil keputusan berhijrah ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi mengikuti suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan.

Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga terutama anak tunggalnya, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 12, Sasha mengakui seronok menjalani kehidupan baharunya itu.

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite berkata, selepas hampir setahun menetap di Dubai, dia selesa menjadi suri rumah dan berkenalan dengan ramai rakyat Malaysia yang tinggal di sana.

"Di Dubai kehidupan saya cukup ringkas. Saya hanya menjadi suri rumah menemani suami yang masih bekerja dari rumah. Enam bulan pertama saya tidak ke mana-mana dan memang tidak mengenali sesiapa. Ketika itu, Dubai pun menjalani kehidupan norma baharu dengan bekerja dari rumah.

"Namun, selepas setahun di sana, saya mula berkenalan dengan ramai rakyat Malaysia. Sekarang saya sudah dapat membiasakan diri dan berasa lebih yakin tinggal di sana," katanya.

Menurut Sasha, dia mengakui merindui anaknya yang menetap dengan ibunya di sini dan akan sentiasa bertanya khabar.

"Sebelum berkahwin saya bergelar ibu tunggal selama lapan tahun. Jadi kehidupan saya hanyalah bersama ibu dan anak. Saya dan ibu juga tinggal berdekatan.



SASHA semakin menyesuaikan diri menetap di Dubai bersama suami.
"Jika sibuk bekerja, anak memang akan berada bawah jagaan ibu saya. Jadi, setahun tidak dapat bertemu memang saya rindukannya. Apapun saya percaya Allah sebaik-baik perancang kerana sepatutnya Arya akan dibawa sekali ke Dubai, tapi tak sangka seminggu selepas kami tiba di Dubai sempadan negara ditutup.

"Perancangan itu tertangguh, tetapi pandemik membuka mata saya, sepanjang setahun Arya yang menemani ibu. Dia menjadi seorang yang sangat matang walaupun baru berusia 12 tahun," katanya.

Menurut Sasha, dia kini dalam perancangan untuk membawa anak tunggalnya itu ke Dubai Disember depan.

"Jika tiada aral, sekitar Disember ini Arya bersama ibu akan ke Dubai. Saya sudah memilih sekolah di sini dan dia harus mengambil peperiksaan kemasukan terlebih dahulu.

"Saya bersyukur walaupun tahun lalu hampir setahun Arya tidak ke sekolah, tetapi ibu menjadi gurunya di rumah dan dia berjaya mengekalkan momentum pelajarannya," katanya.

Ditanya mengenai perancangan menambah zuriat, Sasha berkata, dia tiada perancangan ke arah itu dan enggan membebankan fikirannya.

"Soal cahaya mata saya serahkan kepada Allah, buat masa ini kami masih belum dikurniakan rezeki.

"Lagipun memiliki anak bukanlah keutamaan kerana masing-masing sudah memiliki anak daripada perkahwinan terdahulu. Suami memiliki dua orang anak dan saya seorang. Kami juga sedar umur pun bukan lagi muda, tetapi jika diberi rezeki kami bersyukur," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 26-5-2021 01:46 PM
OK, your husband has money.
Got it
Quote weezerfan 26-5-2021 01:48 PM
Edited by weezerfan at 26-5-2021 01:49 PM

Kesian anak2 ni bila mak kawen baru diorang mesti lost..alih2 dok dengan nenek. Mak sedap2 mengulit laki baru.
Mcm tu lah yg tjadi kat anak sedara aku.lost...nasib ada atuk nenek.kalau depa mati nanti mcm manalah nasib..dpt plak bapak x guna satu sen.
Quote sapeka 26-5-2021 02:12 PM
Bestnye berhijrah
Quote imanjannah 26-5-2021 02:21 PM
moga Allah mudahkan segala perancangan hidup ko shasha
Quote anony-mous 26-5-2021 02:22 PM
Jeles lg la iols. Kenapa la rezeki mcm ni xsmpai pd i
Quote EvieWanKenobi 26-5-2021 04:26 PM
yelah2.. pi ajelah..
Quote matjerk 26-5-2021 04:40 PM
Dia ni walau dah bercerai dgn laki yindon..tapi tetap baik dgn kekuarga mertua di yindon sana tu... melawat keluarga in law kat sana... bawak anak jumpaa keluarga sana... g pasar dgn mertua indon dia.... bagus lah.  
Quote matjerk 26-5-2021 04:43 PM
anony-mous replied at 26-5-2021 02:22 PM
Jeles lg la iols. Kenapa la rezeki mcm ni xsmpai pd i

Mcm 90day fiance omar n avery.. avery usa..mualaf..omar syrian.. kenal melaui islamic dating apps je... avery dpt tangkap lelaki islam syria..kawen... doctor pulak tu... keje kat dubai... skrg dah migrate ke new jersey...rezeki.
Quote dudaberhias 26-5-2021 04:45 PM
berbaloi berhijrah ke sana

si stephanie liah dari pakai birkin fufu now dah upgrade original hokkeh lepas berhijrah ke sana...

jadi porta portie ke tidak tu tak pasti lah
Quote midori_katana 26-5-2021 04:51 PM
Edited by midori_katana at 27-5-2021 09:41 AM

Delete derrr....
Quote MeMeimei 26-5-2021 04:51 PM
dudaberhias replied at 26-5-2021 04:45 PM
berbaloi berhijrah ke sana

si stephanie liah dari pakai birkin fufu now dah upgrade ori ...

Fufu tu apa?
Quote hotmak 26-5-2021 05:00 PM
haritu nampak dia balik sini, ni dah balik sana balik, suka budak dia ni, rajin betul layan ecah, ecah rupanya pandai je english bila dgn sasha ni ingatkan tau ckp
loghat mak dia je
Quote lilac85 26-5-2021 05:09 PM
matjerk replied at 26-5-2021 04:43 PM
Mcm 90day fiance omar n avery.. avery usa..mualaf..omar syrian.. kenal melaui islamic dating apps  ...

Avery yg tk jd dgn relationship trainer tu ke
Quote JunkMail 26-5-2021 06:02 PM
midori_katana replied at 26-5-2021 04:51 PM
Kenapa tak bawa anak sekali?

Kan kata tu sempadan tutup. Warganegara tak boleh keluar .. balik boleh. Nak keluar lawat ahli keluarga pun tak boleh. Aku dah menunggu Ebih setahun ni... Sabar je. Maklumlah bukan have2 takde kabel menteri.
Quote rayna_raynes 26-5-2021 06:15 PM
anony-mous replied at 26-5-2021 02:22 PM
Jeles lg la iols. Kenapa la rezeki mcm ni xsmpai pd i

Rezeki berlaki org kaya?
Quote mongoose_kidz 26-5-2021 06:23 PM
lilac85 replied at 26-5-2021 05:09 PM
Avery yg tk jd dgn relationship trainer tu ke

bukan....ni yg pakai hijab tu..season lain
yg ko ckp ni couple dgn australian kan
Quote karamell 26-5-2021 06:24 PM
matjerk replied at 26-5-2021 04:43 PM
Mcm 90day fiance omar n avery.. avery usa..mualaf..omar syrian.. kenal melaui islamic dating apps  ...

I suka couple ni. Sama padan. Avery tu memang sayang giler kat omar.  Sanggup ikut laki duk syria masa mula2 kawin.
Ingatkan tak kekal sebab mak avery tu mcm x leh terima anak dia masuk islam.
Quote None68 26-5-2021 06:26 PM
Ingatkan ecah tau ckp kedah je
Quote Zeatyisaac 26-5-2021 07:00 PM
Best duduk Dubai. Bawaklah mak dan anak sekali.
By the way, anak dia comel. Anak abang dia mesti comel macam anak Shasha dan Zain jugak kan?

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.135508 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top