Langkawi: Tindakan lelaki warga asing mengenakan alat pernafasan buatan sendiri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini, menarik perhatian ramai.
Gambar lelaki bersama alat 'pelik' itu yang dipercayai dirakamkan oleh seorang pengunjung yang turut berada dalam PPV sama dua hari lalu mula tular dalam media sosial petang ini. Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mansor Ismail ketika dihubungi mengesahkan kehadiran lelaki yang mengenakan alat itu di PPV untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. "Ya, betul lelaki warga asing itu hadir untuk menerima suntikan vaksin di PPV Kompleks Sukan LADA dua hari lalu.
"Difahamkan dia dapat panggilan untuk menerima suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera," katanya. Dr Mansor berkata, ketika tiba di kaunter pendaftaran dan menerima suntikan, lelaki itu berpakaian biasa dan lengkap dengan pelitup muka. "Sebaliknya ketika berada di sesi pemantauan, dia dipercayai mengeluarkan alat itu dari beg dibawanya sebelum mengenakan pada muka dan kepalanya. "Malah, berdasarkan pengakuan yang diberikan kepada petugas kesihatan, lelaki itu tidak mengalami sebarang penyakit berkaitan pernafasan," katanya. Beliau berkata, pihaknya tidak pasti apa tujuan lelaki itu berbuat demikian sehingga menarik perhatian ramai. -CARI Sumber: Harian Metro
|
matbad replied at 28-5-2021 09:44 AM
Pakcik ni org aussie..sempoi ja pkcik ni..besa la setengah org ada penyakit berhati2 tu dasyat sgt.. ...
stingerbrinjal replied at 28-5-2021 08:38 AM
COBID brings out the 'best' in us...
Kahkahkahkahkahkahkahkah
Buritan replied at 28-5-2021 10:15 AM
Tang mana dia beli.. shoppe ade ke
serinegara replied at 28-5-2021 10:24 AM
Macam pakai face mask untuk snorkeling tu, dan guna hose vacuum cleaner, dan botol air 5 L yang beli ...
Artemesiaa replied at 28-5-2021 12:46 PM
Kreatif jugak hasilnya tapi alang2 beli mask elok beli toxic mask terus tak gaduh nak kena hangkut b ...
stingerbrinjal replied at 28-5-2021 08:38 AM
COBID brings out the 'best' in us...
Kahkahkahkahkahkahkahkah
matchstick replied at 28-5-2021 02:09 PM
warga asing dapat vaksin daftar kt mysejahtera tu diorg bayar ke..serius ni tanya sbb nak tahu. buka ...
ADVERTISEMENT