Banyak iklan produk pemutih, pengetat dan macam-macam lagi membanjiri media sosial kita. Malahan, ada di antaranya menggunakan artis sebagai duta untuk mempromosikannya. Namun, jika putih yang dicanangkan itu sudah tidak seperti orang, mengapa ada artis yang tergamak mempromosikannya kepada para pengikutnya seperti pelakon remaja, Mia Sara ini. Produk yang diuar-uarkan ini kononnya boleh memutihkan pengamalnya tanpa perlu mencucuk vitamin pun didakwa boleh mempengaruhi orang lain, dan juga mungkin remaja sepertinya! Sangat terdesak kah sampai sanggup menggadai nyawa demi wang ringgit?
Netizen turut menyelar hantaran tersebut lalu menyifatkannya sebagai cubaan menangguk di air keruh. Bayangkan ada di antara pengikut Mia yang obses untuk putih akan mencuba produk tersebut yang tidak diketahui kesan sampingannya? Setelah mendapat kecaman bertalu-talu, Mia akhirnya memadam hantaran tersebut. Bagi netizen, setiap artis perlu mengambil rasa tanggung jawab dalam mendidik pengikut mereka dan bukannya mengambil apa sahaja ulasan produk tanpa memikirkan kesan sampingan. Jadi, diharapkan selepas ini, setiap artis lebih berhati-hati sebelum membuat ulasan produk. Jadi lah artis yang berilmu supaya masyarakat juga tidak mudah tertipu. - CARI |
tokchik replied at 28-5-2021 12:22 PM
Aku pelik
APA yg kemaruk sangat nak puteh Tu.
aderaderker replied at 28-5-2021 11:11 AM
Apa nak sangat kulit putih ni?
Susah nak maintain tau tak.
ADVERTISEMENT