Teruk dikritik, Joe Flizzow tampil menjelaskan isu penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu Twisted Dreams. Kata penyanyi rap ini, lagu koloborasi bersama Jay Park, Jay Electronica dan DJ Begun itu sepatutnya tak jadi isu sebab lirik tersebut dinyanyikan oleh Jay Electronica yang juga beragama Islam.
“Saya terbaca beberapa komen tentang lagu saya, mereka mempersoalkan kenapa pakai nama Allah. “Jawapannya... J Electronica itu orang Islam, hak dia nak sebut nama Allah, janganlah buat fitnah." “Ini bukan verse saya, saya bagi pencerahan bagi pihak dia sebab dia pun tak tahu tentang isu ini. “Kalau kita dengar lagu rap, baca isi kandungan sepenuhnya sebelum buat andaian. Lirik dia ada cakap Astrafirullah, apa yang kita nak cuma bersalaman dengan ramai orang, tapi ada sesetengah orang yang beri benda haram... itu saja."
Tambah Joe, Jay adalah penyanyi yang berani dan bangga memberitahu tentang islam dalam lagu-lagunya. "Dia berani beritahu dia Islam dalam lagu-lagunya, walaupun kita tahu di sana terlalu banyak diskriminasi... tapi dia bangga dengan agama yang dianuti. "Cuba kita lihat benda baik sebelum jatuhkan orang." Isu berkaitan nama Allah tercetus apabila netizen membongkar lirik lagu Mukbbang (Remix) nyanyian Jay Park yang menyebut nama Allah. Netizen menganggap lirik ‘worship me like Allah’ yang bermaksud ‘sembah aku seperti Allah’ dalam lagu itu boleh memesongkan akidah umat Islam. Peminat kecewa dengan sikap penyanyi itu yang dianggap tak sensitif dan mempermainkan Islam. Antara komen: “Jay Park trending di Malaysia kerana lagu Mukbang! Ini sangat biadab dan Muslim sepatutnya berhenti sokong dia. Ini berkaitan dengan akidah! “Jay Park is cancelled. Sangat biadab, anda artis antarabangsa dan pergi ke seluruh dunia dan ada kolaborasi dengan artis tempatan. Anda sepatutnya lebih tahu maksud lirik itu. “Anda rasa ini kelakar? Anda rasa cool kaitkan agama dalam lagu. Anda sepatutnya mohon maaf! “Sekarang saya hilang hormat pada Jay Park. Dia dan agensi perlu minta maaf. Ini sangat biadab." -CARI
|
mzzenma replied at 28-5-2021 12:03 PM
cari full lyrics tak jumpa pula.. nak tahu lagu tu pasal apa
Boomibulat replied at 28-5-2021 12:25 PM
mzzenma replied at 28-5-2021 01:02 PM
tenkiu.. takde pun bahagian worship like Allah tu
hmm yg english mzz tak faham, yg melayu pun m ...
Star_el replied at 28-5-2021 10:37 PM
Jay E tu muslim ke? Bila google/search kt twitter ckp dia tu nation of Islam, yang tak macam Islam?
rosannazmia replied at 29-5-2021 01:14 PM
Nation of islam tu famous founder is M farakkhan , dia mmg radikal sikit dr pandangan org US san ...
ADVERTISEMENT