CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bandingkan Diri Dengan Tuhan, Jay Park Mohon Maaf Sebut Allah Dalam Lirik Lagu

28-5-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5902| Komen: 36

Penyanyi Korea Jay Park tampil memohon maaf selepas dikecam menyebut nama Allah dalam lirik lagu berjudul Mukbbang (Remix).

Menerusi posting terbaharu di Twitter, Jay memberitahu lirik tersebut tidak berniat menyinggung mana-mana pihak apatah lagi mempersendakan agama.



Kredit foto: Koreaboo

"Lirik itu tidak pernah bermaksud menyinggung perasaan atau rasa kurang sennag mana-mana pihak.

"Bagi sesiapa yang merasakan seperti itu, saya minta maaf. Ada yang mula membuat dakwaan seperti isu agama dan rasis, berhentilah dengan perkara palsu seperti itu. Bagi saya ia hanyalah sebuah lirik," coretnya.



Penyanyi itu turut menjelaskan perkara berkenaan kepada peminat yang bertanya kepadanya. 

"Semua orang tinggal di pelbagai negara dan mempunyai budaya serta bahasa berbeza. Setiap orang juga mengambil sesuatu dengan cara berbeza bergantung pada di mana anda membesar sebagai contoh ayat, simbol, yang segalanya mempunyai maksud.

"Tetapi bagi mereka yang tidak mengetahui tentang perkara itu, mereka hanya tahu ia adalah ayat sahaja. Tidak semua orang tahu segala-galanya dan sekiranya salah faham ini membuat ada yang membenci saya, tidak mengapa. 

"Saya mohon maaf kepada mereka yang terasa hati dengan perkara ini. Saya minta maaf dengan sepenuh hati. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Saya sayangkan peminat muslim saya. Saya harap ia tidak mengubah persepsi kamu terhadap saya," jelasnya.



Nama Jay Park trending selepas peminat K-pop muslim mendapati bintang Korea itu menggunakan nama Allah di dalam lirik lagu iaitu 'worship me like Allah' yang membawa maksud 'sembah saya seperti Allah'.



Ramai kecewa dengan Jay kerana tidak peka mengenai perkara itu yang dikhuatiri liriknya boleh memesongkan akidah sekiranya diungkapkan peminat muslin.


Sumber: Gempak
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 28-5-2021 11:43 AM
ni lah akibat  bila you nyahkan nilai dan worldview dah rabak. nak letak pemahaman dalam bait lirik pun dah kacau bilau ...bila makhluk nak samakan diri dengan ALLAH SWT. kesian kan kat dia sebab pemahaman dia tentang Rabb tu ...off a bit.

sebab tu konsep worldview ni penting.
Quote hayrin86 28-5-2021 11:56 AM
Mujur tak minat Kpop.. Lagu-lagu Kpop semua tak ada faedah buat setiap rakyat Malaysia yang sejati.. Baik dgr lagu di bawah daripada lagu Kpop..

[youtube]cc0xv6_0yGQ[/youtube]

[youtube]N4AR560X1z4[/youtube]
Quote Eliadaisy83 28-5-2021 11:59 AM
Tak pernah minat kpop sebab muziknya ntah apa2 je.
Quote ketupatnasi 28-5-2021 12:01 PM
Bbnu n kpopers yg baru balik beratur beli pek McD BTS musti senyap tak berkutik pasal isu neh.
Dah mintak maaf tuh pastu dibuang x lirik tu? Ke just statement to justify jahh??
Quote kakakpositifker 28-5-2021 12:18 PM
hayrin86 replied at 28-5-2021 11:56 AM
Mujur tak minat Kpop.. Lagu-lagu Kpop semua tak ada faedah buat setiap rakyat Malaysia yang sejati.. ...

LAGU LAGU LEGEND NIIIII. INI JUGA TERGAMIT DI MINDA
Quote AnBulisia 28-5-2021 12:20 PM
bukan niat nak mempersendakan katanya...(gth!! la)
kalau dia tau buat lirik guna perkataan Allah
mesti dia tau siapakah Allah itu?

macam aku nak buat lirik guna perkataan neelopak
mesti aku dah kaji dan tahu siapa neelopak sebenarnya...

memang niat nak menghina. full stop
Quote duri_durians 28-5-2021 12:28 PM
offensive yes,
plus the rest of the lyrics are plain stupid.
semata nak rhyme. gladiator russel crowe?
so yesteryears...
Quote Dwdrum 28-5-2021 12:30 PM
Lagu ereb sudah lama guna Allah walaupan mv tidak sesuai dengan lyrics.... Even ada di club dan juga belly dance....
Some pupils better tidak keluar dari own  civilization/bubbles gitu...
Quote hayrin86 28-5-2021 12:31 PM
kakakpositifker replied at 28-5-2021 12:18 PM
LAGU LAGU LEGEND NIIIII. INI JUGA TERGAMIT DI MINDA

Betul.. Dulu-dulu banyak manfaatnya, tak macam sekarang..

Quote hayrin86 28-5-2021 12:39 PM
Eliadaisy83 replied at 28-5-2021 11:59 AM
Tak pernah minat kpop sebab muziknya ntah apa2 je.

Sama la.. Dgr lagu-lagu di bawah lagi best..

[youtube]8ocBQ41Ojew[/youtube]

[youtube]oAc0EvRwOA[/youtube]



Quote hayrin86 28-5-2021 12:44 PM
Edited by hayrin86 at 28-5-2021 12:47 PM
duri_durians replied at 28-5-2021 12:28 PM
offensive yes,
plus the rest of the lyrics are plain stupid.
semata nak rhyme. gladiator russel cr ...

[youtube]alYljQbiIUo[/youtube]

[youtube]zDMgZjNBbcI[/youtube]

[youtube]mc6AYDTnRx8[/youtube]



Kan.. lagu-lagu di atas lebih seronok didengar sempena Hari Raya Puasa dan Haji, Tahun Baru Cina dan Deepavali serta Krismas berbanding lagu-lagu Kpop yang tidak berfaedah..


Quote Artemesiaa 28-5-2021 01:06 PM
Zaman meredumnya dah nak mula nampak sangat giat mencuba macam2 tapi tetap belum berjaya.
Quote Adrif 28-5-2021 01:58 PM
dia punya minta maaf tu macam..

sorry but not sorry

insensitive bunch
Quote BoongaKertas 28-5-2021 02:22 PM
org buta hati jer boleh terima penjelasan mamat ni. nampak sgt mmg berniat tu.
Quote azimodin 28-5-2021 02:29 PM
Si jay ni pon lepas kena tendang kemain lagu nak larikan diri dari imej idol. Buat la lagu rap yang lucah sentiasa. Itu belum lagi join movie yang ntah hapa2 hype nation 3d. Baik iouls layan Simon D, Loco & Gray
Quote sonatalady 28-5-2021 02:31 PM
nampak sgt x amik tau hal dunia..janji popular.
minta maaf pn mcm lepas batuk di tangga aje.
Quote zarulnazmi 28-5-2021 02:58 PM
"Bagi saya ia hanyalah sebuah lirik," coretnya.

Sya cadangkan penulis lirik lagu buat lagu yang mengutuk Jay Park. Jika dia dan peminatnya bising, boleh cakap ""Lirik itu tidak pernah bermaksud menyinggung perasaan atau rasa kurang senang mana-mana pihak. Ia hanyalah sebuah lirik."
Quote buapakperut 28-5-2021 03:42 PM
depa takda Tuhan sendiri kah nak sebut Tuhan ugama lain.
Quote dodolgemok 28-5-2021 03:52 PM
Meleis moslem yg acah2 pejuang jihad nak bunuh nk ugut bagai tu syiok ke lehat org luar memandang sinis islam ugama keamanan?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049389 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top