CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Macam Tak Percaya Abang Polis Minat Membakar Kek, Siap Ambil Tempahan!

28-5-2021 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5935| Komen: 21

DI sebalik pakaian seragam warna biru dengan personaliti yang tegas, seorang anggota polis memiliki kemahiran yang tidak disangka-sangka.

Menerusi video di aplikasi TikTok, seorang anggota polis kelihatan sedang tekun membakar dan menghias begitu banyak kek.




Anggota polis berkenaan, Mohd Hafiz Ahmad berkata, dia mula menyertai pasukan keselamatan itu sejak 13 tahun lalu kerana minatnya dalam bidang kepolisan.

Malah, pemuda berusia 33 tahun itu memberitahu, selain dirinya, abang serta dua adiknya juga berkhidmat sebagai polis dan bapanya juga merupakan pesara dari pasukan keselamatan itu.

"Saya mula berminat untuk membuat kek kerana menyukai cream puff. Bila duduk bujang, saya ada banyak masa belajar buat cream puff hingga berlanjut kepada kek dan manisan lain.

"Mulanya kenal-kenal dengan beberapa pembuat kek dalam grup-grup di laman sosial, selepas itu saya belajar buat kek sendiri di laman YouTube," katanya kepada mStar.




Hafiz yang berpangkat koperal berkata, minatnya dalam menghasilkan kek dan manisan itu membuatkan dia berjinak-jinak untuk berniaga makanan itu secara dalam talian.

"Saya mula jual kek secara online pada 2008. Baru tahun lepas saya mengusahakan kedai kek di Cheras dan mempunyai seorang pekerja.

"Pelbagai jenis pastri, manisan dan kek saya hasilkan. Kek signature saya yang mendapat perhatian adalah kek mangga," ujarnya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik itu, dia berdepan dengan cabaran dari segi masa kerana perlu membahagikan masa sebagai anggota polis dan pembuat kek.


Hafiz sewaktu kelas membuat kek pada 2018.

"Bila saya tidak bertugas sebagai polis, saya akan berehat dan memberi tumpuan kepada penghasilan kek dengan bantuan seorang pekerja.

"Jadi, bila saya kembali bertugas sebagai polis, saya dah mempunyai stok kek yang konsisten untuk dijual mahupun mengikut tempahan pelanggan," tambahnya.

Hafiz mengakui ramai yang sukar percaya dia mempunyai minat membakar kek kerana perwatakannya sebagai polis adalah berbeza.

"Sebagai polis, karakter saya lebih tegas. Tapi bila di luar, saya lebih friendly terutama semasa berurusan dengan pelanggan.

"Ramai tak percaya yang saya sebenarnya boleh buat kek. Bila tengok video saya buat kek atau saya pakai apron, barulah mereka percaya.

"Saya ikut kebolehan mak dalam bidang masakan. Mak ada buka kedai makan tapi makanan Melayu. Masakan yang saya pandai buat adalah masak lemak cili api," katanya yang sebelum ini membuka kelas membuat kek.




Dia yang masih bujang berkata, bukan bermakna seorang anggota polis yang mempunyai personaliti begitu tegas tidak mahir melakukan sesuatu di luar bidangnya.

"Polis juga ada kebolehan dan bakat terpendam. Kadang-kadang memang penat sebab buat dua kerja pada satu masa tapi sebab minat, jadi kita happy dengan apa yang kita buat.

"Bila bertugas sebagai polis, sudah tentu saya kena bertegas dan lebih profesional. Tapi saya sebenarnya orangnya peramah dan perangai 'gila-gila'," ujarnya secara berseloroh.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 28-5-2021 12:16 PM
kalau ye pun nak tunjuk dia polis, tukar la uniform sebelum buat cake..
ni macam balik kerja tak tukar baju tak bersihkan diri pastu pegang makanan..
dah la sarung tangan sarung kepala pelindung hidung mulut pun tak pakai..
kita kalau promo bisnes, biar la nampak bersih wangi..

Quote kakakpositifker 28-5-2021 12:20 PM
yelah yelahhhhhhh. pastu apaaaa
Quote mijot 28-5-2021 12:27 PM
bukan ke pegawai kerajaan dilarang buat tik tok berpakaian uniform...
Quote imransulaiman 28-5-2021 12:34 PM
prettyuglybabe: kalau ye pun nak tunjuk dia polis, tukar la uniform sebelum buat cake..ni macam balik kerja tak tukar baju tak bersihkan diri pastu pegang makanan..da ...


Tak pakai uniform nanti orang tak percaya dia tu polis {:thief
Quote jazaa100 28-5-2021 01:08 PM
abis lah .....
pasni kena amik tindakab displin.....
Quote jazaa100 28-5-2021 01:09 PM

klu tgok mee sai, aku pun cuak nk order kek dia....

Quote Boomibulat 28-5-2021 01:16 PM
Mcm Fetri Yahya je..
Quote Belibis 28-5-2021 01:24 PM
Siyes ehhh kopral?? Bukan lans kopral.
Quote Adrif 28-5-2021 01:53 PM
jazaa100 replied at 28-5-2021 01:09 PM
klu tgok mee sai, aku pun cuak nk order kek dia....

  < gelak tutup misai

aku pun ada hobi baking,
time rajin aku datang, bangun tido, belum mandi, basuh tangan terus buat doh, pastu uli

extra seasoning gitu     
Quote sapeka 28-5-2021 03:04 PM
Bagussss
Macam ni yg kita nak
Guna kan bakat
Quote Artemesiaa 28-5-2021 03:48 PM
Ramai je yang macam dia ni tular atau tidak je
Quote Kurex 28-5-2021 05:08 PM
Iols ok jah kalau laki rajin & pandai masak..
Quote Ferr_Remy 29-5-2021 04:36 AM
Polis thai smua fit2. Malas nak ckp byk.
Quote kaogi 29-5-2021 09:50 PM
Okey. Tak hensem. Bye
Quote Meiizu 29-5-2021 10:30 PM
Bila kita buat sesuatu yg bukan bidang kerja kita kadang boleh jadi terapi minda.
Cth baking
Quote makita 29-5-2021 10:40 PM
Dulu belajar deco cake under Wilton. Yang sama2 belajar sorang doctor pompuan India..pakai sleeveless. Bila hias kek...siku akan mengadap ke atas...leh imejin bila dia kuak kan ketiak dia?. Tak tahu berapa tahun punya belaan
Quote shop_girl 29-5-2021 11:56 PM
Bagus..pandai cari duit extra..baking mmg antara aktiviti yg mendatangkan kepuasan..bila tgk kek naik cantik rasa satisfying gila
Quote kaedahnya 21-7-2021 10:38 PM
ok la tu next time boleh collab dengan bang mat maslan
Quote kakigojes 24-7-2021 10:15 PM
Pelik2 benda viral, lain la kau kata “mamat tak habis SPM, tapi boleh cipta rocket, lantas membawanya ke angkasa..”

Eh hello, aku keja 24/7 dgn company berpangkat tinggi pun boleh buat cake, silap2 chef wan pun terkesima dgn masakan aku.. ah gitu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.148612 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top