Penyanyi Bob Yusof menyifatkan gurauan Sensasi YouTube Ryzal Ibrahim sebagai penghinaan terhadap kaum Iban di Sarawak. Bob yang juga anak jati Sarawak berkata, pakaian tradisional juga termasuk dalam kebudayaan dan ia tidak wajar dijadikan bahan jenaka atau lawak.
"Kalau nak buat lawak pun, janganlah sampai menghina pakaian tradisional kaum dan bangsa lain. Pakaian tradisional Iban bukan senang untuk dibuat dan ia sangat unik. Sama juga dengan pakaian tradisional lain di Malaysia, tetap mempunyai ciri khas dan keistimewaannya. "Tapi, kalau menyamakan pakaian tradisional dengan kain buruk atau alas meja, itu adalah satu penghinaan. Ingatlah, sebelum bercakap, berfikirlah. Baik buruknya, kita warga Malaysia yang tinggi budi pekerti, kesopanan, kesusilaan serta berbudaya. Saya sebagai rakyat Sarawak amat kesal dengan gurauan ini," katanya.
Selain Bob, penyanyi dan pengacara, Lyssa Jean turut berkongsi kekecewaannya atas tindakan Ryzal. "Jangan suruh saya lupakan dan maafkan Ryzal. Kenapa sedih? Sebab rasa terhina sangat. Orang di dalam bilik itu pun ikut gelak. Apa ni?" katanya. Lyssa berkata, proses untuk menghasilkan busana Ngepan Iban itu bukanlah satu proses mudah kerana mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan. "Buat Ngepan Iban itu bukan jahit biasa macam jahit Baju Melayu atau Baju Kurung. Ambil masa sangat lama. Nak beli satu set pun, kena tunggu dulu sebab setiap barang dia sangat mahal. "Aksesori dia pun kalau yang asli lagi mahal dari emas. Sebab dulu, pernah teman nenek saya pergi Lubuk Antu sebab nak cari beberapa aksesori untuk lengkapkan koleksinya," katanya. Lyssa juga bekas peserta AF 2015 berkata, Ryzal sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata. "Itulah orang cakap. Buat dulu, fikir dan minta maaf kemudian. 'Oh, dia silap. Biasalah,'. Bab adat budaya orang, jangan sentuh. Cubalah orang hina budaya isteri kau, siap semua media buat liputan untuk beri kesedaran katanya. "Tapi, kau sendiri? Daripada kau sibuk belajar cakap Korea, belajar adab dulu. Isteri kau lagi beradab dari kau. Cuba malu sikit. "Saya sudah penat dengan orang yang sering menghina budaya Borneo. 2021 tapi masih ada gurauan bodoh," katanya. Terdahulu, Ryzal memuat naik video di Instagram Story dan mempersenda busana Ngepan Iban yang dipakai Maryam untuk satu penggambaran. Video itu menjadi tular sehingga mendapat kecaman warganet terutama dalam kalangan masyarakat Sarawak. Sumber: Harian Metro
|
"Buat Ngepan Iban itu bukan jahit biasa macam jahit Baju Melayu atau Baju Kurung. Ambil masa sangat lama. Nak beli satu set pun, kena tunggu dulu sebab setiap barang dia sangat mahal.
"Aksesori dia pun kalau yang asli lagi mahal dari emas. Sebab dulu, pernah teman nenek saya pergi Lubuk Antu sebab nak cari beberapa aksesori untuk lengkapkan koleksinya," katanya.
dani-rox replied at 28-5-2021 01:21 PM
Exactly. Ai dah tua ni baru complete set ngepan ai.
Si Rizal tu akal pendek mcm kaki dia jug ...
sarah82 replied at 28-5-2021 01:23 PM
Baling dia dgn hulu parang iban.. Biar berakai sikit.. Iols tgk video dia dok gelakkan pakaian tra ...
dani-rox replied at 28-5-2021 01:27 PM
Spesis biadap. Dia ingat dia kelakar kot. Ai pun mengaku pernah rasa pelik2 dgn pakaian tradisi ba ...
uori replied at 28-5-2021 01:45 PM
kes nih buatkan iols tahu pasai baju nih. ngepan eh namanya?
menarik jugak kan.
kenapa takde salur ...
fadz84 replied at 28-5-2021 01:53 PM
Patutnya Francisca Luhong kena pakai ngepan ni masa segmen narcos MU tu ari.. sah2 pakaian traditi ...
uori replied at 28-5-2021 01:45 PM
kes nih buatkan iols tahu pasai baju nih. ngepan eh namanya?
menarik jugak kan.
kenapa takde salur ...
cikperiukkera replied at 28-5-2021 02:03 PM
Tv okey ada chuolsss...btw padan muka satu malaysia kecam pasangan sangkak ni.
Noraniza_Iblis replied at 28-5-2021 02:02 PM
baju je pun.. org dh mntk maaf kan..
poyo nye la smpai nk mereport2 bagai... siap dpn balai pakai b ...
ADVERTISEMENT