CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Serangan tikus yang menjadi mimpi ngeri penduduk Australia, ini ceritanya

28-5-2021 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4192| Komen: 16|Original author: Raline




Bayangkan ketika korang tengah berehat-rehat sebentar di ruang tamu, korang terlihat seekor tikus laju berlari kat depan korang. Seekor mungkin takde masalah bagi sesetengah orang, Mungkin, tiga ekor atau satu keluarga tikus tu masih lagi korang boleh terima. Bagaimana pulak jika ribuan tikus sedang tinggal di rumah korang? Tempat beras korang habis ditebuk, wayar barangan elektronik korang ada yang rosak teruk, dan takde satu ceruk persegi ruang rumah korang tu bebas daripada tikus perosak yang bingit… pasti rasa amat tak selesa, kan?

Tu lah situasi yang berlaku di Australia sekarang. Bak kata sorang warganet, ketika kita sedang sibuk bergelut dengan Covid-19… Australia pulak kena bergelut dengan alam sekitar diorang sendiri. Dahulu, kami kongsikan mengenai kebakaran hutan yang teruk di negara tersebut. Kali ni pulak, wabak tikus melanda tanah besar tu. Kerajaan pun hampir dah takde idea nak buat apa, manakala rakyatnya pun semacam dah takde kuasa nak halau tikus tu semula tanpa ‘membakar’ makanan diorang sendiri.



Wabak tikus dulunya jadi bahan bualan hangat rakyat, tapi sekarang ni rakyat dah pasrah nampak tikus sini sana


Enam bulan lalu, wabak tikus melanda negeri New South Wales dan Queensland. Pada awalnya, para penduduk begitu riuh membincangkan perkara ni dalam komuniti diorang. Kebanyakan perbincangan diorang tertumpu kepada bagaimana nak tangkap, halau dan bina pertahanan nak bagi kebal rumah daripada serangan ribuan tikus yang akan datang ke rumah diorang. Pelbagai strategi dikongsi bersama, dan tentunya ia mengeratkan silaturahim sesama komuniti dalam kedua-dua negeri tu. Namun begitu, momentum tersebut tak berkekalan lama.

Tikus masih lagi berleluasa, walaupun dah bertan-tan ubat tikus diletakkan dan kaedah biologi untuk buru tikus-tikus ni tak berjaya jugak. Ni bukanlah kali pertama Australia dilanda wabak ni. Pada 1871, wabak tikus pernah berlaku dalam skala tempatan iaitu hanya di sekitar Walgett, New South Wales. Setahun lepas tu di Saddleworth, Australia Selatan… para petani terpaksa ‘kuburkan’ sarang-sarang tikus tersebut. Ia terus berlaku selama beberapa tahun lagi, sehinggalah pada 1917, wabak tikus ketika tu lebih meluas sehingga ke Australia Barat.


Wabak tikus pada 1917.. -Via F.G England/Amusingplanet

Wabak tikus paling teruk direkodkan setakat ni adalah pada 1993, dengan anggaran kerosakan A$96 juta kepada hasil pertanian dan ternakan di ladang babi dan ayam. Kereta, penebat elektrik dan getah, serta bangunan turut menyumbang kepada jumlah kerosakan tersebut. Kini pada pertengahan 2020 hingga sekarang, wabak tikus kembali menghantui rakyat Australia.

Kali ni, ia lebih teruk kerana Australia kerana tikus-tikus ni turut menyerang makanan dan barangan lain di pasaraya. Bukan tu je, terdapat banyak tikus mati ditemukan dalam tangki air minuman. Boleh jadi, wabak tikus tahun ni akan menggantikan rekod 1993, iaitu dilaporkan setakat ni, nilai kerosakannya dah cecah $100 juta.




ara penduduk dah penat, dan mulai pasrah nak lawan tikus-tikus ni lagi. Dah cuba racun, tak berkurang jugak jumlah tikus yang bertandang tak dijemput. Bagi sorang pengetua di sekolah Trundle Central di NSW, John Southon:

“… Bagi saya, saya boleh menjelaskan situasi ini sebagai seseorang yang mengalami kecederaan dan sentiasa merasa sakit. Lama-kelamaan, ia akan memberi kesan kepada kesihatan mental.

Tiada siapa dapat mengerti wabak tikus sehinggalah kamu telah alaminya. Tiada siapa faham mengenai bau yang tak menyenangkan, perabot yang telah dirosakkan, ia sangat teruk. Tikus-tikus tersebut tetap mengigit (dan merosakkan) sistem penghawa dingin kami. Ia telah mengigit wayar-wayar elektrik yang terdapat di bumbung sekolah, dan papan kuasa di rumah pengetua”- seperti yang dilaporkan The Guardian



Menurut Southon lagi, dulu kanak-kanak di sekolah selalunya akan teruja bila nampak tikus, tetapi sekarang ni takde kanak-kanak memberi sebarang reaksi bila nampak tikus sekurangnya setiap jam. Para penduduk pun dah mulai pasrah dan lebih menumpukan perhatian tentang bagaimana nak bunuh je kerana tak tahan dengan tikus-tikus tersebut serta nak cari duit di mana lagi untuk membaiki kerosakan akibat serangan besar-besaran tikus yang masih bermaharajalela. Nak fikirkan kebajikan keluarga semasa pandemik pun boleh buat ramai jadi bingung.

Beberapa kaedah yang digunakan masih gagal, akhirnya para petani terpaksa guna racun
Idea nak berikan racun tikus untuk kawal perluasan wabak tu mungkin suatu idea yang buruk pada awalnya. Ye lah, apabila kita pakai racun.. boleh jadi ia dapat memberi kesan kepada kesihatan ekosistem dan kesihatan manusia. Macam kejadian tikus mati kat dalam tangki air minum rakyat; isu kesihatan boleh timbul sekiranya ada orang terminum sisa bangkai tikus.



Malah, pelbagai penyakit turut boleh muncul seperti penyakit kencing tikus, listeria dan hantavirus kalau wabak ni terus dibiarkan. Nilai kerosakan menjadi kerisauan kedua dah, jika kesihatan manusia mulai merundum. Tengoklah apa yang jadi semasa kita tengah melawan pandemik Covid-19.

Sebelum pakai racun, para petani dah cuba bermacam-macam cara. Diorang cuba buat perangkap air untuk tikus, selain dari memberi makanan yang dah diletakkan racun. Ada jugak warganet tanya, kenapa tak guna je kucing atau haiwan lain bagi mengekang wabak tikus ni.



Tu suatu soalan bernas, namun ia jugak tak semudah yang difikirkan. Australia sendiri pernah ‘berperang’ dengan kucing liar, sebab diorang dah ada terlalu banyak populasi kucing yang akhirnya memburu haiwan semulajadi di Australia pada 2019. Kucing domestik dan anjing peliharaan nampaknya tak cukup untuk mengekang banjiran populasi tikus ni.

Animals24-7.org, sebuah laman sesawang yang dikendalikan oleh aktivis haiwan keras mengkritik tindakan Australia untuk menolak alternatif yang lebih ‘selamat’ yakni dengan memperkenalkan beberapa haiwan pemangsa kepada tikus seperti ular, musang dan kodok. Salah sorang penulisnya mendakwa, ia seakan suatu dogma ekologi di Australia – memperkenalkan haiwan pemangsa hanya akan mengganggu ekosistem spesis asal di sana.


Demi memelihara spesis semulajadi seperti arnab dan burung liar, kucing-kucing liar ni diburu dan dibunuh pada 2019.. -Via Australian Wildlife Conservancy

Kerajaan Australia pada akhir Mei lalu dah beli 5000 liter bromadiolone untuk bantu para petani menangani wabak tikus. Ramai beranggapan penyelesaian memberikan racun bromadiolone hanya akan memudaratkan keadaan, dimana sisa racun dalam bangkai tikus tu akan menjalar ke serata rantaian makanan haiwan lain.

Antara racun yang dicadangkan adalah zink fosfida. Ia takkan membahayakan haiwan lain yang makan bangkai tikus, tetapi ia amat toksik kepada ternakan seperti bebiri, lembu, haiwan peliharaan bahkan kepada manusia sekiranya diorang termakan racun tu. Salah satu pendekatan tanpa racun pulak adalah dengan kawalan sumber makanan oleh petani.



Kitaran wabak tikus nampaknya adalah lumrah hidup di Australia, maka negara tersebut kenalah bijak menyediakan kemudahan penyimpanan hasil pertanian yang lebih baik dan kebal daripada tikus. Lagipun, sebab utama yang menarik perhatian tikus ni adalah jumlah taburan hujan yang berjaya menyuburkan tanaman. Bila tanaman tu banyak, maka tikus akan datang. Dengan kawalan terhadap cara petani kumpul makanan, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan kos kerugian yang diorang tanggung tiap kali wabak melanda.


Sumber:https://orangkata.my

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokbunga 28-5-2021 12:31 PM
Ohmyyy..aku sgt2 geli geleman dgn tikus, tak dpt bygkan klu nmpk merata2 mcm tu.. tgk kat gambar pun cepat2 aku skip ..
Quote dragneel 28-5-2021 04:21 PM
sekarang dah banyak penyakit zaman dulu timbul semula..
Quote lavendernovella 28-5-2021 06:51 PM
Kucing kat sana ada 5 - 6 juta kot. Tak kan sebahagian besar dimatikan? Patut tikus membiak dengan jayanya sebab sangat2 kekurangan predator.

Dingo pun banyak.
Quote Guccibamboo 28-5-2021 07:00 PM
Tgk gambar ni rasa loya
Quote printercomel 28-5-2021 07:53 PM
Padan muka. Dulu negara ni jugak yang melakukan pembunuhan kucing beramai ramai. Tangkap dan bunuh semua kucing tak kira bertuan atau tidak.

Quote helicornia 28-5-2021 11:14 PM
fuhhh covid reda masalah tikus plak ye kt australia. silih ganti masalah.tikus pun bahaya gak berapa ramai yg mati akibat penyakit bawaan tikus.wardina tk mau komen ke hal tikus kt aust ni?
Quote taruhbelakang 29-5-2021 12:19 AM
Tikus... memang banyak ngeri..
Quote CiliPadiSedap 29-5-2021 02:00 AM
Stupid australian, why u kill cat? Cat eat mouse.
Quote Itzy 29-5-2021 07:12 AM
ni la akibat sokong israel, Allah bagi bala sikit demi sikit kat mereka.
Quote Itzy 29-5-2021 07:13 AM
CiliPadiSedap: Stupid australian, why u kill cat? Cat eat mouse.

omputih bodo suka anjing arghh anjirrrrr
Quote supernaturalee 29-5-2021 08:20 AM
Lelaki no 5 dr kiri je x pakai topi
Nmpk kepala je plk tu

Korg nmpk kn

Quote CatMiow 29-5-2021 12:34 PM
La,  patut la,  tahun lepas dah bunuh banyak kucing.
Quote whimsicalmusic 29-5-2021 02:11 PM
Gelinyaaaa tikus ni da la skali beranak byk..
Quote sfrnna 29-5-2021 08:28 PM
Ya ampun gelinya. Yang berjaya tangkap mati seekor pun dah nak termuntah bau. Inikan kalau berjuta2. X dpt kubayangkan baunya kalau mati {:cryrun
Quote lavieenrose 1-6-2021 10:38 PM
Sekor pun dah geli, kalau banyak mcm ni mmg sawan la
Quote Janjimanismu123 2-6-2021 10:33 PM
Tikus..tikus

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.049001 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top