Gara-gara menjadi kontak rapat kepada salah seorang pesakit Covid-19, penyanyi Usop memberitahu dia terpaksa menjalani kuarantin diri selama seminggu.
Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, berkata dia dipakaikan gelang pengawasan dan dikehendaki mengasingkan diri untuk pemantauan sehinggalah disahkan bebas daripada jangkitan virus tersebut. "Saya kontak rapat seorang kawan baik dan dikehendaki buat swab test di pusat kesihatan berdekatan... keputusan ujian belum keluar lagi tapi diarahkan kuarantin sampai 2 Jun ini. "Doa-doakanlah negatif! Sejujurnya risau juga tapi buat masa ini saya tiada alami sebarang simptom atau gejala Covid-19... walaupun rasa sihat, saya tetap patuh menyelesaikan kuarantin ini hingga selesai.
"Sekarang ini dekat mana-mana pun ada virus, memang kena berhati-hati. Yang penting kalau keluar kena jaga SOP sebab kita pun tak tahu kalau orang sebelah kita bawa virus ini," katanya kepada mStar. Menerusi Instagram, bekas peserta Mentor Milenia 2017 ini berkongsi foto dia memakai gelang berwarna merah jambu dengan menyertakan emoji sedih. Sementara itu, Usop berkata semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini dia mengalami sedikit tekanan, lebih-lebih lagi apabila tidak dapat meneruskan kerjaya seni seperti biasa. "Kerjaya memang terjejas teruk. Nak menyanyi pun tak boleh, show memang tak ada. Malah, perniagaan saya bersama mak di Kedah pun terpaksa dihentikan kerana peningkatan kes.
|
Kurex replied at 29-5-2021 09:39 AM
Ntah la... Iols rasa ucop ni ada manisnya.....
LadyCarefree replied at 29-5-2021 09:58 AM
Seminggu je kuarantin?
ketupatnasi replied at 29-5-2021 12:06 PM
Varian baru seminggu je agaknya sis. Hehehe.
Tu pun dh tertekan kaann. Koserr!!
gummiebear replied at 29-5-2021 10:16 AM
Tang manaaa manisnya tuu
ADVERTISEMENT