Mungkin golongan antivaksin atau mereka yang tidak percaya mengenai wabak Covid-19 tidak risau dengan situasi yang semakin mengganas. Namun, bagi yang menyedari mengenai bahayanya pasti resah, buntu, dan khuatir dengan masa depan diri, keluarga dan sahabat handai.
Begitu juga dengan seniwati veteran Fauziah Nawi. Selain khuatir dengan situasi Covid-19 ketika ini, beliau juga marah dengan sikap penting diri segelintir masyarakat yang enggan melindungi diri dengan menerima suntikan vaksin. "Kerajaan sudah tolong dan lindungi kita, kita pula tak mahu dicucuk. "Sesiapa yang 18 tahun ke atas tolonglah pergi (ambil) vaksin termasuk mereka yang sudah dapat tarikh janji temu," rayunya ketika ditemu bual AWANI pada Sabtu. Menginjak usia 68 tahun, Fauziah bagaimanapun tidak menolak kemungkinan segelintir individu yang tidak hadir proses vaksinasi berdepan masalah dan mempunyai alasan munasabah.
Katanya, mereka mungkin berdepan masalah sepertinya yang buta IT (teknologi maklumat) tidak mempunyai pengangkutan, atau tiada wang untuk ke pusat pemberian vaksin dan anak-anak mungkin tinggal berjauhan untuk menolong. Justeru, beliau mencadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjumpa golongan itu di dewan orang ramai di setiap kampung. Dalam masa sama, Fauziah berdoa agar nyawanya tidak dicabut ketika musim pandemik. "Siapa nak tengok saya dekat kubur? Tengok saya buat kali terakhir...Adik-beradik tak boleh tengok. "Kalau (meninggal dunia) disebabkan Covid-19, tayamum saja, tak dimandikan. Berbungkus sajalah," katanya sebak. Buat yang tidak percaya Covid-19 boleh membunuh, sekurang-kurangnya kasihanilah orang lain yang berusaha menjaga diri daripada dijangkiti. - CARI
|
bluebutter replied at 30-5-2021 03:57 PM
Berhentimerokok ya mocit. Org tua tua tak elok merokok...
bluebutter replied at 30-5-2021 03:57 PM
Berhentimerokok ya mocit. Org tua tua tak elok merokok...
bluebutter replied at 30-5-2021 03:57 PM
Berhentimerokok ya mocit. Org tua tua tak elok merokok...
sugarlovebutter: Die merokok ke uols? Tp dlu arwah nenek i pn isap rokok gak, tp rokok daun la yg gulung tembakau kertas sendiri tuh...kitorang pggl nenek kitorang boh ...
belacan_gurl: Oh dia merokok ekk....teringat arwah nenek aku...merokok gak ..heheheh org tua perempuan kat kmpg mmg ramai yg merokok rasanya...perkara biasa sbrnya. ...
sugarlovebutter replied at 30-5-2021 05:47 PM
Die merokok ke uols? Tp dlu arwah nenek i pn isap rokok gak, tp rokok daun la yg gulung tembakau k ...
bluebutter: Ada baca kat benang benang lama. Tgk muka kusam je, mak jah keluarga iskandar tu elok je cerah muka. Boleh kenal lah perempuan merokok dgn tak merokok ...
ADVERTISEMENT