CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Kebulur Makan Mayat Tuan

30-5-2021 08:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3662| Komen: 14

Misteri bau busuk di sebuah pangsapuri terjawab apabila polis Sepanyol menemui mayat seorang wanita warga emas yang sudah reput.

Menurut laporan akhbar El Mundo, wanita berkenaan dikenal pasti sebagai Clara Ines Tobon, 79.


Lebih menyedihkan apabila sebahagian mayatnya didapati dimakan oleh kucing miliknya.


Gambar hiasan

Hanya dua daripada lima kucing miliknya masih hidup ketika pihak berkuasa memeriksa kediaman mangsa.

Wanita berkenaan yang berasal dari Colombia dikatakan tidak pernah berkahwin dan menetap di pangsapuri berkenaan sendirian.

Menurut jirannya, mereka sering terhidu bau kurang menyenangkan dari rumah wanita berkenaan disebabkan jumlah kucing yang dipelihara warga emas itu.

Namun, mereka berasa pelik apabila terhidu bau yang disifatkan sebagai sangat kuat.

Rekod hospital menunjukkan wanita berkenaan mengalami sindrom Diogenes yang sering dihidapi warga emas tinggal sendirian.


Laporan bedah siasat menunjukkan wanita berkenaan meninggal dunia akibat sakit tua sekurang-kurangnya sebulan sebelum mayatnya ditemui.

Dia dilaporkan tidak keluar dari rumah sejak jatuh sakit tahun lalu dan beberapa jiran percaya dia dijangkiti Covid-19.

Bedah siasat yang dijalankan ke atas kucing miliknya mendapati haiwan berkenaan mati akibat kebuluran.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 30-5-2021 08:33 PM
Sebulan ko baru org jumpa


Quote imransulaiman 30-5-2021 09:09 PM
Hidup sebatang kara tak bercampur dengan masyarakat. Musim covid lagi. Mana jiran tetangga nak ambil tahu..
Quote Carcosa 31-5-2021 07:42 AM
Pangsapuri pulak tu. Lagilah org tak ambik tau. Bukak pintu, masuk rumah, tutup pintu.
Sian plk tucin yg mati tu. Mesti mereka tak lalu nak mkn mayat nenet tu. Yg lalu tu, dptlah hidup.
Quote soslaili 31-5-2021 08:14 AM
sedihnya hidup sendirian mati sendirian..
Quote stingerbaik 31-5-2021 08:17 AM
supernaturalee replied at 30-5-2021 08:33 PM
Sebulan ko baru org jumpa

Lambat soal jawab kuburnya kheunz?
Quote stingerbaik 31-5-2021 08:20 AM
soslaili replied at 31-5-2021 08:14 AM
sedihnya hidup sendirian mati sendirian..

Besa la org kita...budaya kekelompokan....lahir diraikan, setiap setahun umur berganjak diraikan,tahnik diraikan, kekah dikendurikan, nikah diraikan,dapat cucu diraikan, nak pi haji diraikan, balik haji diraikan, mati pun diraikan sampai ada kalanya keseratus hari tahlilnya......


Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerbaik 31-5-2021 08:22 AM
Ibarat kucing lupa daratan....
Quote pxlbb 31-5-2021 12:17 PM
Iols cakap kat kucing iols: “DON’T YOU DARE!”

And then it-all reply “daging ko masam, sial! Kosser” {:hero
Quote tripleid 31-5-2021 12:21 PM
yg 3 ekor lagi mesti x tergamak nak ngap tuan sendiri.

RIP
Quote NataliaLuiz 31-5-2021 12:48 PM
Tu lah..sedihnya mati sorang2..nasib baik jiran peka bau..
Quote supernaturalee 31-5-2021 04:27 PM
stingerbaik replied at 31-5-2021 08:17 AM
Lambat soal jawab kuburnya kheunz?

The hell????


Quote supernaturalee 31-5-2021 04:28 PM
tripleid replied at 31-5-2021 12:21 PM
yg 3 ekor lagi mesti x tergamak nak ngap tuan sendiri.

RIP

Mayat decomposed sgt lh busuk
Jenis kucing mkn memilih

Quote stingerbaik 31-5-2021 06:08 PM
supernaturalee replied at 31-5-2021 04:27 PM
The hell????

lambat masuk kubur lambat la soal jawabnya?
Quote raxief 29-8-2021 05:35 PM
RIP cat lady

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037434 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top