|
Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Sufian Suhaimi menerima banyak berlakon selepas lakonannya dalam drama Kampung Kolestrol arahan Shuhaimi Lua menjadi bualan.
Menerusi drama 20 episod terbitan Zamriez Golden Pictures yang disiarkan menerusi slot Diandra di TV9, Sufian bergandingan dengan dua bintang otai, Ziana Zain dan Mas Idayu, selain Aiman Tino, Rusdi Ramli, Afifah Nasir, Anne Abdullah, Ieda Moin, Khaty Azian, Dalimawati, Ifa Raziah, Ani Maiyuni, Lana Nodin dan Herman Tino. Sufian berkata, pembabitannya dalam Kampung Kolestrol menterjemahkan sisi lakonan yang berbeza. "Saya pernah berlakon telefilem dalam tempoh singkat, namun Kampung Kolestrol adalah drama episod pertama yang dibintangi.
"Sudah tentu ia pengalaman yang menyeronokkan apabila bergandingan dengan pelakon hebat seperti Ziana dan Mas Idayu. Saya rasa seronok lain macam. "Mulanya, saya fikir berlakon drama Kampung Kolestrol sekadar mengisi masa terluang. Lagipun, saya banyak fokus kepada perniagaan sejak tahun lalu. Jadi, saya mahu mencabar diri dan mengubah angin apabila dapat tawaran berlakon," katanya kepada BH Online.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.170110 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.