CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Marc Anthony Restu Jennifer Lopez Kembali Bercinta Dengan Ben Affleck

1-6-2021 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3034| Komen: 8

Bekas suami Jennifer Lopez, penyanyi Marc Anthony merestui hubungan cinta yang terjalin antara bekas isterinya dengan aktor Ben Affleck.

Menurut Marc, perkara itu tidak menjadi masalah buatnya kerana yang penting Jennifer atau nama glamor, JLO tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak kembar mereka.


"Marc masih lagi rapat dengan JLO dan dia merupakan antara individu yang sentiasa memberikan sokongan terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh JLO.

"Apa yang Marc mahukan ialah untuk bekas isterinya itu sentiasa berasa gembira dan jika Ben mampu membahagiakan Jennifer, dia tidak akan sesekali menghalang perhubungan mereka," kata sumber rapat Marc.

JLO, 52, dan Marc, 53, berkahwin pada 5 Jun 2004 sebelum disahkan bercerai pada 14 Jun 2014.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai sepasang cahaya mata kembar berusia 12 tahun iaitu Emme Maribel Muniz dan Maximilian David Muniz.

Foto: VIA mStar

JLO dan Ben, 49, sebelum ini pernah menjalinkan cinta pada 2002 sehingga membawa ke fasa pertunangan namun hubungan itu terlerai pada 2004.

Penyanyi On The Floor itu baharu sahaja putus tunang dengan bekas pemain baseball profesional, Alex Rodriguez pada April lalu. - CARI

Sumber: mStar/Hollywoodlife 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 1-6-2021 10:22 AM
Napa tah, dari zaman diorg bercinta dulu2 pun i x suka diorg berkapel..skrg pun kalu kembali berkapel balik, pun i x suka..tapi i suka JLo Bennifer dulu kan org dok panggil?
Quote MsKathryn 1-6-2021 10:36 AM
Paling restu kalo J.Lo couple blk dgn Marc Anthony..
Quote nazzse 1-6-2021 10:49 AM
Lama gak dieorg kawen dulu. Get back dgn Marc tu je la J.Lo. Setia menunggu dah tu
Quote r_innalif 2-6-2021 12:28 AM
Eh, aku rs dh sesuai sgt dia dgn psgn dia sblm ni. Baseball player tu lupa plak namanya. Sama matang, sama kaya.. bpisah juge rupenye.
Ben ni mslh gambling kan tu yg divorced dgn jen garner
Quote Aiiskenot 2-6-2021 02:28 PM
Lor aku igtkan happily ever after dgn bf. Putus rupanya.
Quote inspektoremos21 3-6-2021 09:55 PM
Diddy pun dan2 la upload jugak gambar dia dgn j.lo masa bercinta dulu Maybe heols menganjing bennifer ataupun heols berharap dpt kembali ke pangkuan acik j.lo.
Quote Afifi82 3-6-2021 10:36 PM
Acik JLo single je la terus.
Quote saaya 4-6-2021 12:18 PM
exclusive_vvip replied at 1-6-2021 10:22 AM
Napa tah, dari zaman diorg bercinta dulu2 pun i x suka diorg berkapel..skrg pun kalu kembali berkape ...

Ai sama dengan uols. Ai suka JLo, tapi tak suka dia dengan Ben Affleck. Dulu, dan kini...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.032160 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top