Selepas dirawat selama 27 hari akibat cedera parah dipukul suaminya, pegawai sebuah jabatan kerajaan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga di Sungai Udang, Melaka, kelmarin. Adik mangsa, Fazariah, 38, berkata, kakaknya yang berusia 43 tahun masih belum sedarkan diri, namun keadaannya stabil.
“Alhamdulillah kakak sudah stabil tetapi masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. “Selepas mendapat kebenaran Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, kami membawanya pulang ke Sungai Udang semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Fazariah berkata, keluarga-nya reda dengan ketentuan Ilahi selepas pasukan perubatan memaklumkan kakaknya berkemungkinan hilang ingatan selain peluang untuk pulih seperti biasa adalah tipis.
Katanya, usia kandungan mangsa kini memasuki 11 minggu dan dalam keadaan baik. “Sekarang kakak hanya mampu terbaring, sedih kami lihat dia mengandung dalam keadaan sakit, dia minum susu ramuan khas. “Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar kakak kembali sembuh selain si pelaku ditangkap dan dihukum,” katanya. Sumber: Kosmo
|
tikusmontok replied at 1-6-2021 11:40 AM
Ehh iols termiss baca psl laki syaitonnirojim ni..apa kisahnya?
tikusmontok replied at 1-6-2021 11:40 AM
Ehh iols termiss baca psl laki syaitonnirojim ni..apa kisahnya?
Buritan replied at 1-6-2021 11:51 AM
Plslaa pompuan.. rugilaa.. cantik cantik pandai pandai tp pilih bewak.. pilih negro.. pilih laki org ...
krustykrab replied at 1-6-2021 11:54 AM
Bf mawar byk duit?
Bukan bini ke2 beli merc guna duit sendiri ke?
Buritan: Emm kawin lg dgn bewak.. bewak ade bini lain plk tuu.. mangse bini no 2.. bewak dah lari mana tah
manehnya replied at 1-6-2021 12:17 PM
Kan... Yg heran tu bewak bleh x dpt dikesan pada zaman kovid ni
P mana pun kena scan masuk, polos ...
ADVERTISEMENT