Wanita berkongsi di TikTok bahawa dia dan anak-anak dikuarantin selepas suami positif Covid-19 gara-gara kecuaian pihak lain. Berkongsi cerita dengan mStar, Shazwani Shakeri berkata dia dan empat anaknya kini menjalani kuarantin di rumah kerana menjadi kontak rapat manakala suaminya ditempatkan di sebuah pusat kuarantin di Kota Bharu, Kelantan.
"Alhamdulillah, ujian calitan pertama kami lima beranak negatif. Sekarang sedang menunggu untuk buat ujian calitan kedua pula. Moga-moga negatif juga," ujar wanita berusia 36 tahun ini. Bercerita serba ringkas, Shazwani berkata, ia bermula selepas suaminya mengalami demam secara tiba-tiba sebelum keputusan ujian calitan mengesahkannya positif Covid-19. "Suami saya bekerja dengan sebuah syarikat kurier, namun dia hanya bekerja di pejabat. Dipendekkan cerita, salah seorang rider didapati positif Covid-19 dan ia berpunca ketika dia menghantar barang ke rumah pelanggan yang sedang memakai gelang pink.
"Ceritanya, barang tersebut dihantar menerusi kaedah COD (Cash On Delivery), jadi berkemungkinan ia disebarkan melalui wang kertas. "Rider tersebut pun tak mengetahui status kesihatan diri, jadi hadir bekerja macam biasa sehinggalah tiba-tiba tak sihat sebelum disahkan positif Covid-19," katanya. Reda dengan apa yang berlaku, Shazwani bagaimanapun memanjatkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh menjalani kuarantin, dia dan empat anaknya sihat tanpa alami sebarang gejala. "Saya kesian dekat suami sebab selepas dapat keputusan ujian calitan, dia terus 'ditahan' untuk dihantar ke pusat kuarantin. Sehelai sepinggang. "Masa itu kelam kabut juga kami... terpaksa minta bantuan rakan untuk hantarkan pakaian dan keperluan suami di pusat kuarantin. "Mungkin sebab terkejut juga, saya tak sihat beberapa hari ketika peringkat awal dikuarantin. Masa tu macam-macam nak kena uruskan sebab kita dah tak boleh keluar rumah. "Mujurlah anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh bantu serba sedikit. Alhamdulillah saya sihat kemudiannya. Syukur kerana suami tak teruk, namun dia alami gejala seperti sakit tekak, sakit sendi dan hilang deria bau serta rasa saja," ceritanya yang merupakan seorang bekas penyampai radio. Namun lebih terharu, ramai kenalannya di aplikasi berkenaan menghulurkan bantuan dengan menghantarkan bekalan makanan kepada mereka sekeluarga. "Pada mulanya saya tak cerita pun keadaan diri namun ada beberapa yang tegur sebab perasan keadaan saya macam tak seperti biasa. Alhamdulillah, Allah hadirkan insan yang baik-baik untuk menolong walaupun 'strangers'. "Mengenai video tersebut, saya sekadar muat naik untuk menyebar kesedaran kepada masyarakat agar sama-sama bertanggungjawab memainkan peranan untuk putuskan rantaian. "Setiap syarikat juga kena lebih cakna dan alert... terus ambil tindakan sewajarnya dengan segera jika terdapat kes positif. Sekarang ni bukan masanya kita nak tuding jari dah, tapi kena ambil peranan dan tanggungjawab masing-masing," ujarnya yang menjalankan bisnes pakaian muslimah ini. Sumber: mStar
|
sambaldurian: sng citer korg xyah bershopoee berlazada klu gitu, ak pun paranoid jgk, jemur panas dulu, bwk masuk sediakan wipes, bukak2 cuci2 dulu .
mama_neko replied at 1-6-2021 01:23 PM
konsep aku musim covid ni, aku biaq ja brother courier campak barang masuk pagar, kalau nk confirm I ...
dua_chzy replied at 1-6-2021 04:38 AM
Mesej di atas tersebar sampai ke Sabah juga semalam.
pearl.silver: Semlm tersebar wasap ni My son, in Kuantan just passed away from covid. He was only 20 yrs old. He only had headache which he thought was migraine (3 ...
Cece1234 replied at 1-6-2021 01:53 PM
Haha sama..kalo org courier dtg mmg iols jerit dr dlm umah suro dia letak situ je..dorg pun lg ske ...
gigahertz replied at 1-6-2021 02:14 PM
I rasa kan gelang pink ni ada beberapa tahap.ada tahap serius. ( dah batuk dah demam )
ada tahap ...
pearl.silver replied at 1-6-2021 12:15 PM
Semlm tersebar wasap ni
[29/05, 11:29 pm] My son, in Kuantan just passed away from covid. He was ...
nazzse replied at 1-6-2021 02:30 PM
Nak tahu betul ke tak tgok dlm senarai kematian covid ada ke tak umur 20 tahun meninggal di Kuanta ...
gigahertz replied at 1-6-2021 02:14 PM
I rasa kan gelang pink ni ada beberapa tahap.ada tahap serius. ( dah batuk dah demam )
ada tahap ...
anony-mous replied at 1-6-2021 06:44 PM
I selalu tgk sepintas lalu rasa mcm x ada 20an. Klau ada dah viral dah rasanya poster kkm yg ada s ...
gigahertz replied at 1-6-2021 02:14 PM
I rasa kan gelang pink ni ada beberapa tahap.ada tahap serius. ( dah batuk dah demam )
ada tahap ...
ADVERTISEMENT