CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru baik demam, Mira Filzah kongsi pengalaman terima suntikan dos pertama vaksin

2-6-2021 02:26 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 13020| Komen: 95

Kredit foto : Instagram MFMiraFilzah



Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah berkongsi pengalamannya menerima suntikan vaksin AstraZeneca pada Sabtu lalu.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman menerusi hantaran di Instagram turut memuat naik video rakaman ketika di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

" Alhamdulillah, hari Sabtu lepas Mira selesai ambil dos pertama Vaksin AstraZeneca. Baru hari ni rajin nak post sebab baru baik demam!"

"Proses keseluruhan sangat efficient, Mira sampai around 11.35 pagi macam tu, habis nak dekat jam 1 petang juga tapi tak terasa lama sebab kita sentiasa bergerak dari satu kaunter ke kaunter lain." katanya.

Anak kelahiran Ipoh, Perak, itu juga turut berkongsi proses sebelum, semasa dan selepas suntikan vaksin COVID-19 yang mungkin boleh dijadikan rujukan dan panduan bagi sesiapa yang akan menerima vaksin kelak.


Terdahulu, isteri kepada arkitek, Wan Emir Astar itu menzahirkan rasa kecewa selepas ramai yang merentas negeri meskipun belum mendapat suntikan vaksin.

Dalam pada itu juga, Mira memohon orang ramai yang gagal mendaftar untuk menerima vaksin AstraZeneca semasa pendaftaran dibuka kali kedua agar bersabar kerana lebih banyak bekalan vaksin akan tiba dimasa akan datang.




Apapun ketika pelaksanaan PKP3.0 ini, sama-sama kita usaha landaikan lekuk kes harian Covid-19 yang semakin meninggi dan bantu "frontliners" dengan kekal duduk dirumah. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_ctrl 2-6-2021 03:03 AM
sampai demam tu.kawan2 i ambil AZ sihat je cuma sakit sikit tang bahu kata depa

bubu awak pun dah vaksin ke migha
Quote Nana_Man 2-6-2021 06:16 AM
cmf_ctrl replied at 2-6-2021 03:03 AM
sampai demam tu.kawan2 i ambil AZ sihat je cuma sakit sikit tang bahu kata depa

bubu awak pun dah ...

Tgk body masing2
Quote nazzse 2-6-2021 06:21 AM
Nana_Man replied at 1-6-2021 10:16 PM
Tgk body masing2

Betul. Iols, adik & officemate sampai kena MC esoknya tu.
Quote airmineral 2-6-2021 06:24 AM
kwn aku 1st jab demam bbrp hari..seram pula effectnya
Quote Nana_Man 2-6-2021 06:28 AM
nazzse replied at 2-6-2021 06:21 AM
Betul. Iols, adik & officemate sampai kena MC esoknya tu.

Kwn2 i yg amik Pfizer atau  Moderna pun ada yg smpi muntah2, berak2, fast heartbeat. Yg fast heartbeat tu gi A&E pasal kirakn serious.
Quote Naatasha 2-6-2021 06:31 AM
So yang ada side effect mcm demam2 ni kira antibodi kuat compare dgn yg xde effect?
Quote nazzse 2-6-2021 06:32 AM
Nana_Man replied at 1-6-2021 10:28 PM
Kwn2 i yg amik Pfizer atau  Moderna pun ada yg smpi muntah2, berak2, fast heartbeat. Yg fast heart ...

I jumpa doc dia ckp ramai yg lepas ambik Az 1st dose mcm ni. I tak prepare mental pasal ingtkan ok, 2nd dose nanti yg akan react teruk.
Yg dpt Sinovac jarang dgr ada masalah
Quote Nana_Man 2-6-2021 06:44 AM
nazzse replied at 2-6-2021 06:32 AM
I jumpa doc dia ckp ramai yg lepas ambik Az 1st dose mcm ni. I tak prepare mental pasal ingtkan ok ...

Sinovac takde side effects sgt ke? So far i cuma tau org2 yg dah amik Pfizer n Moderna.
Ada org sblm cucuk tu dorang standby mkn panadol/supplements.
Quote nazzse 2-6-2021 06:55 AM
Nana_Man replied at 1-6-2021 10:44 PM
Sinovac takde side effects sgt ke? So far i cuma tau org2 yg dah amik Pfizer n Moderna.
Ada org  ...

Kawan i ok je ambik Sinovac, sakit kt tempat cucuk tu je la. Staff kkm ramai dapat Sinovac.
Doc ckp ambik panadol lepas cucuk ok, painkillers lain tak dibenarkan.
Quote codenamedream 2-6-2021 07:01 AM
Lain orang lain cerita dia.  Kawan2 iols ada yg demam,  ada yg nodes swellling,  ada yg kebas tgn.  iols pulak2 aman2 jah walaupun ada masalah autoimmune.
Quote Suchi 2-6-2021 07:06 AM
Ramai gak orang2 pemes amik AZ ni ternyata depa tak terkesan eh dgn kontroversi AZ.
Quote Suchi 2-6-2021 07:07 AM
nazzse replied at 2-6-2021 06:32 AM
I jumpa doc dia ckp ramai yg lepas ambik Az 1st dose mcm ni. I tak prepare mental pasal ingtkan ok ...

Yg misi kat kedah kata sampai lumpuh sebelah tu dia amik sinovac tp taktaula betul ke tidak punca dr vaksin ke apa.
Quote Nana_Man 2-6-2021 07:10 AM
nazzse replied at 2-6-2021 06:55 AM
Kawan i ok je ambik Sinovac, sakit kt tempat cucuk tu je la. Staff kkm ramai dapat Sinovac.
Doc  ...

Kene standby panadol mcm gini.
I takot jgk ngan some of the side effects tu.
Quote Nana_Man 2-6-2021 07:11 AM
Suchi replied at 2-6-2021 07:07 AM
Yg misi kat kedah kata sampai lumpuh sebelah tu dia amik sinovac tp taktaula betul ke tidak punca  ...

Sinovac yg dari china kan?
Quote Carcosa 2-6-2021 08:16 AM
Sebbaik Mira basic dah berlaki.
Kalau tak, mesti ramai jantan2 sangap comment "ololoooo Mira demam ye. Nanti abg hantar ubat"
Quote lotionmilo 2-6-2021 08:54 AM
codenamedream replied at 2-6-2021 07:01 AM
Lain orang lain cerita dia.  Kawan2 iols ada yg demam,  ada yg nodes swellling,  ada yg kebas tgn.   ...

Nodes swelling mcm mana eh?
Quote lotionmilo 2-6-2021 08:55 AM
Nana_Man replied at 2-6-2021 06:44 AM
Sinovac takde side effects sgt ke? So far i cuma tau org2 yg dah amik Pfizer n Moderna.
Ada org  ...

Dr kata tak boleh makan panadol before cucuk.

Amik moderna kat mana? Sg?
Quote in2eryn 2-6-2021 08:59 AM
Nana_Man replied at 2-6-2021 06:44 AM
Sinovac takde side effects sgt ke? So far i cuma tau org2 yg dah amik Pfizer n Moderna.
Ada org  ...

saya dpt sinovac.. 1st dose. lepas cucuk masa observe ada rasa dizzy sikit. pastu ok. malam nk tidur lenguh dr leher sampai kat tpt cucuk. esok lengan je rasa lenguh. pastu ok.
Quote Nana_Man 2-6-2021 09:05 AM
lotionmilo replied at 2-6-2021 08:55 AM
Dr kata tak boleh makan panadol before cucuk.

Amik moderna kat mana? Sg?

Kt SG skrg cuma Pfizer dan Moderna skrg. Ni pun skrg bila nk book takde slot untk Pfizer.

Yg  Sinovac masih kt storage.

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.134167 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top