Gara-gara salah faham mengenai isu petik cili, tiga wanita berkelahi sehingga mengakibatkan ibu jari salah seorang mangsa putus digigit. Kompas.com melaporkan, kejadian berlaku di sebuah rumah di Sambigede, Binangun Senin melibatkan tiga individu dikenali dengan RN, 35, RB, 55 DAN SP, 59.
Ketiga-tiga mereka adalah petani dan bekerja sebagai memetik cili di kawasan itu. Pegawai Perhubungan Awam Polis Blitar, Didik Awi berkata, perkelahian berpunca akibat salah faham mengenai pekerjaan mereka. Katanya, RB berkunjung ke rumah SP yang sedang menyusun cili. “Mereka kemudian bertengkar mengenai urusan memetik cili pada waktu siang. Ketika SP hendak berdiri, kawan kepada RB, PN datang menghampirinya dan terus menarik rambutnya. RB pula memegang badan SP dari arah belakang. “Ketika SP berusaha membebaskan dirinya daripada pelukan RB, tiba-tiba RN memegang tangan krinya dan menggigit ibu jari mangsa sehingga menyebabkan ruas paling atas ibu jarinya serta kuku terputus,” katanya.
Menurut Didik, ketika kejadian suami RB datang ke tempat kejadian, tetapi bukan hendak meleraikan perkelahian itu, sebaliknya mengambil sebongkah batu dan diberikan kepada RN serta menyuruhnya menghentam batu tersebut ke muka SP. Sejurus itu, SP membuat laporan ke Balai Polis Binangun. Polis bagaimanapun belum menahan kedua-dua suspek kerana masih mengumpulkan maklumat serta saksi kejadian. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT