CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Update MySejahtera Anda, Ibu Mengandung Dan Menyusukan Anak Diberi Vaksin Tertentu

2-6-2021 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2652| Komen: 17

KUALA LUMPUR: Ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengemas kini butiran status masing-masing pada aplikasi MySejahtera.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata golongan terbabit kini boleh memasukkan beberapa butiran berkaitan status kandungan mereka seperti tahun dan bulan jangkaan kelahiran anak.


Menerusi butiran yang dinyatakan susulan penerapan ciri-ciri baharu dalam MySejahtera, beliau berkata, pertimbangan sewajarnya akan dibuat bagi menentukan jenis vaksin bersesuaian untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

Kredit foto: Berita Harian

"Janji temu anda akan bersandarkan vaksin yang sesuai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu," katanya menerusi Twitter, hari ini.


Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan Khairy, butiran berkaitan kandungan dan status penyusuan kini disertakan di bawah kemas kini alamat rumah, dalam ruangan vaksinasi, dekat aplikasi MySejahtera.


Kesemua butiran berkenaan, termasuk alamat semasa, status kandungan dan penyusuan akan dipaparkan pada bahagian penilaian pemilik akaun MySejahtera.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap vaksin Sinovac, semalam bakal melonjakkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap keberkesanan pelalian yang dihasilkan syarikat farmaseutikal berpangkalan di Beijing, China itu.

"Perakuan antarabangsa ini berupaya memacu keyakinan kita, memandangkan sebanyak 18 peratus daripada penduduk di Malaysia dijangka meraih manfaat daripada suntikan 12 juta dos Sinovac.

"Ia selamat dan berkesan," katanya.

WHO menerusi kenyataan semalam memaklumkan bahawa vaksin Sinovac-CoronaVac diperakui untuk kegunaan kecemasan, sekali gus memberi jaminan yang selama ini dinantikan negara, pembiaya, agensi perolehan dan komuniti di seluruh dunia.

Hasil penelitian badan berkenaan, vaksin Sinovac menepati standard antarabangsa dari segi keselamatan, keberkesanan dan pengeluaran. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 2-6-2021 12:32 PM
Bagus lah ada penambahbaikan dalam apps MyS.
Quote lurve82 2-6-2021 12:41 PM
Done update
Quote slyfynx 2-6-2021 12:55 PM
Cerita bab vaksin ni, aku nk menyampaikan rase xpuas hati sbb kawan aku cite adik die keje M.O
So die daftarkan semua kaum kerabat die untuk dptkan vaksin dekat area die, walaupun bukan daerah diroang, and hr ni semua dah cucuk.
Kalau camni mmg aku yang xde kontak ni sampai mampos baru dpt.
Mak, mak cik, anak sedara, dok KB, leh lak daftarkan kat kuala krai, sng dapat queue awal.
Barbie laaaaaaa
Quote krustykrab 2-6-2021 12:58 PM
slyfynx replied at 2-6-2021 12:55 PM
Cerita bab vaksin ni, aku nk menyampaikan rase xpuas hati sbb kawan aku cite adik die keje M.O
So d ...

Semoga mati alahan....
Quote diss69 2-6-2021 12:58 PM
Dh refresh.. Masih menunggu.. Dftar bulan feb..
Quote sukacactus 2-6-2021 01:14 PM
Mlm td cek mysejahtera eh ada update baru plak
Cek plak depandent aku, mak dgn aunty
Rupanya dah dipanggil vaksin 31/5 & 1/6
Nak buat cemana, dah terlepas, so kena tunggu date baru
Ingat kot ada noti kat sms, rupanya nak kena cek mysejahtera tu hari2
Quote slyfynx 2-6-2021 01:15 PM

Adekah doa itu untuk iols?
Quote Jorja 2-6-2021 03:01 PM
Thanks infonya
Quote krustykrab 2-6-2021 03:19 PM
slyfynx replied at 2-6-2021 01:15 PM
Adekah doa itu untuk iols?

Bukan lah sis...hahaha
Utk org yg ko citer kan tu la..aiyohhhhh
Quote Janjimanismu123 2-6-2021 05:36 PM
Baru je tadi refresh
Quote RatuDunia94 4-6-2021 10:40 PM
sukacactus: Mlm td cek mysejahtera eh ada update baru plakCek plak depandent aku, mak dgn auntyRupanya dah dipanggil vaksin 31/5 & 1/6Nak buat cemana, dah terle ...


I dapat sms je. Siap ada no dr putrajaya call (walaupun operator je) ingatkan tarikh vaksin.
Mak i dependant i pon klinik call ingatkan tatikh vaksin. Ni 3 hari sebelum tarikh vaksin.
Quote koko2 5-6-2021 10:28 AM
nampaknya seperti forumer CI ini amat hadapkan vax yee..? selamat meninggalkan doniya serta welkam to banana village zombieee
Quote meteorspeed 5-6-2021 10:32 AM
slyfynx replied at 2-6-2021 12:55 PM
Cerita bab vaksin ni, aku nk menyampaikan rase xpuas hati sbb kawan aku cite adik die keje M.O
So d ...

Vavi.. Aku yg tak dak kontek nie mmg sampai ke abang jamil mampus la tak sampai turn
Quote mijot 5-6-2021 12:25 PM
dah update data dah..
Quote totokreturn. 5-6-2021 01:28 PM
apasal sinovac tak boleh diberikan kepada ibu yg menyusu
Quote che-cikL 5-6-2021 02:53 PM
Tapi patutnya berdasarkan no. IC, kalu org lelaki tak yah lah tanya pregnant ke atau menyusukan!!
Apa benda lah programmer nya pun!!
Quote leftrani_kel 5-6-2021 05:25 PM
Dah update..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058335 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top