|
Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh menamatkan spekulasi apabila mengesahkan dirinya disahkan positif COVID-19 pada awal Mei lalu. Marsha berkata, dia disahkan positif virus itu selepas didapati ada jangkitan dalam paru-paru.
"Saya disahkan positif COVID-19 pada awal Mei lalu dan terpaksa diberi rawatan intensif di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai, Bangsar. "Alhamdulillah, saya baru sahaja keluar hospital dan selesai menjalani proses kuarantin," katanya kepada BH Online. Mengulas tindakannya merahsiakan keadaan dirinya, penyanyi lagu Bimbang itu berkata, dia berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya tidak memuaskan serta nasihat doktor.
"Selepas disahkan positif, doktor menasihatkan saya untuk mendapatkan rehat secukupnya. Ini kerana pada masa itu keadaan fizikal dan mental saya sangat lemah. "Atas nasihat doktor, saya ambil keputusan hanya berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan rapat sahaja sepanjang menjalani rawatan. Ini kerana saya ingin menjalani rawatan dengan lebih tenang dan sempurna. Saya berdoa agar diberi kesembuhan segera," ujar pelakon berusia 35 tahun itu.
|


chocobozhere replied at 2-6-2021 02:03 PM
Jangan kan kene covid terganggu nak tunggu result swab test pun terganggu. Baru ni aku kene buat swa ...
nazzse replied at 2-6-2021 12:44 PM
Suka dia ni sejak kahwin. Pandai bawak diri dlm family orka, rajin kerja, masak & jual selain rajin ...
gam_gajah replied at 2-6-2021 06:41 AM
Hasnia tu dlm video atas tu siapa you? Adik dia ke
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.322102 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.