CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hari-hari Dapat Menu Kayangan Sampai Pesakit Covid-19 Di Maeps Tak Nak Balik

2-6-2021 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6734| Komen: 34

Panas, penyaman udara terlampau sejuk, bersesak-sesak antara luahan negatif yang seringkali dikongsikan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di pusat-pusat kuarantin dalam negara.

Namun, Muhammad Nazirul Hakim Arman, 26, mempunyai sisi yang berbeza untuk dikongsikan.




“Makan sedap, tak nak balik! Hari-hari menu kayangan, ” tulisnya di video TikTok lengkap dengan #makansedap dan #nursecantik sebelum posting itu menjadi tular.

Nazirul yang menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang turut berkongsi video yang memaparkan antara lain, suasana dewan yang menjadi tempat tidur pesakit, barisan panjang untuk ke bilik mandi dan kemeriahan setiap kali waktu makan.



“Dekat sini kita dapat kawan baru, dan yang paling saya tak sangka makanan dekat sini semua sedap-sedap.

“Contoh dua tiga hari ni kita makan nasi tomato sedap sangat, lauk macam-macam, ada ikan tongkol, ayam masak merah, ikan goreng, memang berselera dekat sini.

“Tepi katil kita ada meja panjang jadi bila waktu makan, kami akan makan beramai-ramai, memang seronoklah, ” katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Nazirul pesakit yang beragama Islam juga berpeluang untuk menunaikan solat secara berjemaah setiap hari.



Dengan adanya rakan-rakan pesakit yang peramah serta prihatin secara tidak langsung membantunya melawan penyakit yang setakat ini telah mengorbankan hampir 3,000 nyawa di Malaysia.

“Semuanya bergantung kepada individu, kalau sebelum datang sini kita dah letak mindset negatif kita akan sakit, maka automatik kita akan sakit, sama juga kalau kita rasa kita akan tak gembira, kita pun jadi tak nak bergaul dengan orang.

“Saya Alhamdulillah, walaupun ada simptom tapi tak teruk, memang masuk tu ada demam, sakit tekak tapi bila ada kawan-kawan sekeliling sedikit sebanyak lupa rasa sakit tu, ” katanya yang berkerja sebagai 'content creator'.

Dia turut memuji pihak barisan hadapan yang dilihat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dengan penuh komited.




“Mereka komited untuk bantu pesakit dari saat pesakit sampai sehingga pulang. Saya sendiri agak risau sebab saya dibawa oleh ambulans dari Sabak Bernam, jadi apabila saya dijangka dibenarkan untuk pulang, saya dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menyediakan pengangkutan pulang.

“Ramai yang balik menggunakan Grab, bila saya tengok tambang dari sini ke Sabak Bernam RM250 dan itu satu angka yang sangat besar bagi saya.

“Saya maklumkan kepada perawat di sini dan saya dijangka akan dihantar pulang ke rumah dengan ambulans, “ katanya yang dibenarkan keluar dari pusat kuarantin pada hari ini (Rabu).


Sumber: mStar
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • DayangKirana

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 2-6-2021 03:11 PM
So adakah dengan ini nak menyatakan jangan takut kena covid19. Chill ajelah sebab seronok duduk di maeps tu????
Quote shernazz 2-6-2021 03:20 PM
Maybe ada sesetengah orang bukan senang nak.makan makanan sebegitu...
Kan...
Tambah2 lockdown ni mana ada kedai yang boleh dine in..hoho...
Kat.situ.siap.boleh sembang2 dgn kawan2
Gitchuuu
Quote Skuau 2-6-2021 03:23 PM
Mmmm...'mende ni'....kalo nak...boleh jer orng bg...
Quote Cece1234 2-6-2021 03:26 PM
Besar gak ayam dia bg..
Quote lavieenrose 2-6-2021 03:28 PM
Nampak menarik lauk
Quote Ferr_Remy 2-6-2021 03:40 PM
Menu kayangan? Siannye die or mak die x pnh masak cmtu kat rumah. Bukan susah pun... Sedih!!!!
Quote user.name 2-6-2021 03:59 PM
menu kayangan versi bajet ke? spageti pon pakai hotdog jenis murah yang rasa tak sedap sangat tu biasa acik kantin sekolah pakai tu? siap belah dua lagi? menu kayangan ke kantinan?
Quote LadyCarefree 2-6-2021 04:18 PM
user.name: menu kayangan versi bajet ke? spageti pon pakai hotdog jenis murah yang rasa tak sedap sangat tu biasa acik kantin sekolah pakai tu? siap belah dua la ...


Khenzs? Tp ye la dia ni konten kreator semua benda mesti over samada good or bad.

iols doa xnak langsung kena duduk sini. Nangis doplopatjam.
Quote tom2 2-6-2021 04:22 PM
Bagus lah orang tu bersyukur. Karang di complain x sedap la, tidur berhimpit korang kata tak sedar dek untung pulak. Hai la forumer aka netizen ni..
Quote Truefeelings 2-6-2021 04:38 PM
Sanggup buat tiktok reveal muka seh. Kalau i tk nak. Malu kot kena covid. Menyusahkan frontliner. Org akan pk mesti tak jaga sop. Diam2 sudah le.
Quote Belibis 2-6-2021 04:45 PM
Orang yang reti bersyukur macam ni la.semua perkara dilihat secara positif walaupun positif kobid.
Quote helicornia 2-6-2021 05:38 PM
Truefeelings: Sanggup buat tiktok reveal muka seh. Kalau i tk nak. Malu kot kena covid. Menyusahkan frontliner. Org akan pk mesti tak jaga sop. Diam2 sudah le.

i paling tk sanggup klu ambulan dtg amik kt rumah.malunya membayangkan org semua tengok.iols ni jenis introvert mmg tak akan menonjolkan diri.ni covid lagi la org nk amik tau sapa yg positif kena jemput dgn ambulan tu.kawan iols ckp buat apa nak malu adehhh minta Allah jauhkan dr covid
Quote rikuren 2-6-2021 05:56 PM
uda replied at 2-6-2021 03:11 PM
So adakah dengan ini nak menyatakan jangan takut kena covid19. Chill ajelah sebab seronok duduk di m ...

Bukan cam tu... maybe nak bagitau okey je kena kuarantin. Tempat ok, makan ok. Stay positif supaya cepat sihat.
Quote Janjimanismu123 2-6-2021 06:02 PM
Menu serupa kayangan pun takkan sama kt rumah
Quote SecretLuv 2-6-2021 07:24 PM
helicornia replied at 2-6-2021 05:38 PM
i paling tk sanggup klu ambulan dtg amik kt rumah.malunya membayangkan org semua tengok.iols ni je ...

Sama la.. Iols pun jenis malu kalau jadi perhatian orang ramai..
Quote tripleid 2-6-2021 07:42 PM
mesti set2 gelandangan ni..sbb tu x nak balik
Quote Kelakatu88 3-6-2021 12:02 AM
Menu kayangan pun tapi kalau ada ahli keluarga aku yang  meninggal pasal covid, tak lalu aku nak makan..
Quote Adrif 3-6-2021 01:01 AM
kesiannya.. semoga semua orang sembuh, dan dijauhkan dari wabak ni..
Quote epal37 3-6-2021 01:31 AM
Semoga semua cepat sembuh

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.160710 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top