Video seorang doktor menjawab mengenai kaedah bersalin secara pembedahan yang sering dipandang serong turut mendapat perhatian Anita Baharom. Anita yang berkongsi video berkenaan di Instagramnya menasihati orang ramai supaya tidak membanding-bandingkan proses bersalin setiap ibu kerana semua situasi dialami tidak sama. Menyatakan dirinya setuju dengan penjelasan doktor berkenaan, pelakon itu turut berkongsi pengalamannya bersalin secara pembedahan. "Bukan suka-suka nak caesar. Dah lah mahal, pantang pun lama. Nak jalan pun susah dan sakit," tulisnya yang menjelaskan dia mengambil masa hampir dua tahun untuk kembali aktif selepas menjalani pembedahan itu.
Tambahnya, setiap orang bersalin dengan cara berbeza dan orang yang tidak berada di tempatnya tidak akan rasa apa yang dihadapinya. "Ya betul doktor, jangan nak samakan kita dengan mak kita nenek kita dulu. Mak I pun bersalin kat dalam rumah. Dia pun cerita betapa susahnya nak melahirkan masa tu.. "Itu dulu, zaman sekarang bila ada komplikasi cepat-cepat tukar dari normal kepada ceaser untuk selamatkan ibu dan anak dengan izin Allah," ujarnya.
|
sarahmirza replied at 2-6-2021 03:51 PM
Kalau boleh ulang masa, I would opt no to normal delivery.... Nak c sect aje..
LadyCarefree replied at 2-6-2021 04:07 PM
Uish. Kaki suaminya naper?
sarahmirza: Kalau boleh ulang masa, I would opt no to normal delivery.... Nak c sect aje..
SayaSayangMama replied at 2-6-2021 04:57 PM
I pulak klu boleh nk induce tarikh yg i nk pastu masuk epidural. Aman aman je tunggu sampai tera ...
LadyCarefree replied at 2-6-2021 04:07 PM
Uish. Kaki suaminya naper?
sarahmirza replied at 2-6-2021 05:57 PM
Klu dh epidural mana nak meneran...takde rasa apa aman2 tp silap2 baby kena vacuum takut lemas.. ...
sarahmirza replied at 2-6-2021 05:57 PM
Klu dh epidural mana nak meneran...takde rasa apa aman2 tp silap2 baby kena vacuum takut lemas.. ...
ADVERTISEMENT