CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cukai RM1.69 bilion: Najib mohon batal notis kebankrapan, dakwa konspirasi politik

2-6-2021 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3236| Komen: 22

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun ini untuk pendengaran. - Gambar fail/ Bernama



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan notis kebankrapan terhadapnya kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi tahun lepas.

Mengikut dokumen yang difailkan di mahkamah, Najib mengemukakan permohonan itu atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Feb lepas adalah berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah.


Beliau juga mendakwa notis itu merupakan taktik konspirasi politik yang bertujuan untuk merosakkan karier politiknya.

Hari ini kes itu ditetapkan untuk pengurusan secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ida Rahayu Sharif.

Peguam Najib, Wee Yeong Kang ketika dihubungi memaklumkan pemberita bahawa permohonan itu telah difailkan pada 31 Mei lepas.

"Permohonan untuk menggantung prosiding kebankrapan itu turut difailkan pada tarikh sama (31 Mei) sementara menunggu pelupusan kes rayuan Najib di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.

"Mahkamah menetapkan 22 Julai depan untuk pengurusan kes selanjutnya," kata beliau.

Prosiding itu turut disertai Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus dan Peguam Hasil Muhammad Nabil Abdul Halim yang bertindak bagi pihak LHDN.

Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Feb lepas terhadap Najib selaku penghutang.

Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Feb 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun ini untuk pendengaran.

Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran tersebut kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.


Sumber - BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pixie902 2-6-2021 05:31 PM
Harta berbillion2 pun liat nak bayar cukai.
Lepas ni tak payah sibuk2 dah nak enterframe politik negara selagi tak langsaikan cukai.
Tak patriotik langsung.
Quote Pixie902 2-6-2021 05:32 PM
Rakyat yg pendapatan sekupang dua jugak la yg kena cari sampai ke lubang cacing kena audit bagai dgn LHDN.
Quote Janjimanismu123 2-6-2021 05:36 PM
Apsal sblm ni tak nak byr..masa ada kuasa
Quote irish_ieka 2-6-2021 05:40 PM
rakyat punye la perah keringat bayar cukai gaji secoet je. kau anak beranak kaya raya tak bayar cukai. kuajo
Quote matchstick 2-6-2021 05:46 PM
Sibuk je kucing tu{:smile
Quote Orix 2-6-2021 06:55 PM
Anak beranak liat nk byr cukai….pehtu ada hati nak kata spe x byr cukai pengkhianat negara… puihh pdahal mengata diri sendiri
Quote rikiruj 2-6-2021 06:58 PM
Aikk.. bukan Dato Seri sendiri yang cakap tak bayar cukai kira pengkhianat negara...
Quote Mulotkoyak 2-6-2021 07:11 PM
Mmg rekod xprnh bayar langsung ke apeni???  Teruk btol ko jd PM. Liat nk bur tp sibuk joli sakan sana sini ngn bini anak beranak... Sampai berapa kereta bw brg kat arab tuh dlu...
Quote belilies 2-6-2021 07:48 PM
Tanak diisytihar bankrap ko bayarlah cukai tu bodoh! Feeling entitled brat much! Sama anak beranak takguna perabih duit rakyat. Pasni dah bankrap takyah bertanding lagi dah tak layak
Quote Firenzza 2-6-2021 07:52 PM
Khairudin al takuarantini kena thn sjr je ckp klau pas perintah negara rakyat x perlu bayar cukai, antara ciri2 munapik klau berjanji mungkiri sbb dia pun dh jd kjn skrg
Quote sidewinder 2-6-2021 09:09 PM
aku sgt2 tak paham apsal dia tak nak byr.....duit bertimbun time jadi PM....tak rasa bersalah ke ikan2 bilis ni punya laa beria byr cukai....kalu terkurang byr ratus2.....seribu dua standby je laa company auto deduct dr gaji..........dia jadi PM selamber kepala bana dia je x byr bukan takat seribu dua.....berjuta2...berbillion2
Quote dizekni 2-6-2021 09:48 PM
Bershit

Konspirashit

itu la hasil PH DAP

jho low ke mana zeti ke mana

bullshit
Quote rashiman 2-6-2021 09:52 PM
Edited by rashiman at 2-6-2021 09:53 PM
Mulotkoyak replied at 2-6-2021 07:11 PM
Mmg rekod xprnh bayar langsung ke apeni???  Teruk btol ko jd PM. Liat nk bur tp sibuk joli sakan san ...

Kesnya begini.

Tiba-tiba LHDN di bawah Menteri Kewangan kata saya hutang cukai RM1.69 bilion walaupun
saya tidak pernah tak memfailkan dan membayar cukai setiap tahun.
Kenapa RM1.69 bilion?

Itu ditentukan oleh LHDN sendiri. Tidak siapa boleh pertikaikan.

Mereka kata kalau nak rayu pun, bayar dulu lepas itu rayu.

Kalau tak bayar dulu maka saya akan diiisytiharkan muflis, sekali gus hilang kerusi Parlimen.

Barangkali rumah saya dan akaun bank dengan gaji terkumpul saya juga akan disita.

Peguam pun saya tak mampu bayar.

Main kotor atau tidak? Zalim atau tidak?

Saya cuma hanya bagi contoh di bawah ini:

Katakanlah kawan dari luar negara hantar RM2,600 kepada kamu pada bulan Mac.

Kamu pulangkan RM2,600 itu kepada kawan pada bulan Julai.

Selepas 6 tahun, kerajaan tiba-tiba tuduh kamu perlu bayar cukai pada kadar 25% ke atas RM2,600 itu.

Oleh kerana pada tahun 2013 itu kamu tak isytiharkan RM2,600 sebagai pendapatan, kamu perlu dikenakan denda.

Oleh kerana masih tak dibayar selepas bertahun-tahun ini, pelbagai faedah dan penalti dikenakan ke atas kamu lagi.

Cukai atas cukai, denda atas denda, penalti atas penalti.

Kerajaan sekarang mahu kamu bayar RM1,600.

Dana dari luar negara tak dikenakan cukai, PH kata perlu.

Dana politik tak dikenakan cukai, PH kata perlu.

Dana cuma dalam akaun untuk 4 bulan sebelum dipulangkan kepada penghantar, PH kata perlu cukai..

Adil atau tidak?

Saya tak salahkan pegawai-pegawai dalam LHDN.

Saya sudah diberitahu arahan ini datang siapa di Kementerian Kewangan.

Saya pernah jelaskan isu ini di sini juga:
https://www.facebook.com/.../a.2947874.../10156184269015952/[/url]




Quote rashiman 2-6-2021 10:40 PM
Edited by rashiman at 2-6-2021 10:44 PM
sidewinder replied at 2-6-2021 09:09 PM
aku sgt2 tak paham apsal dia tak nak byr.....duit bertimbun time jadi PM....tak rasa bersalah ke ika ...

Cukai yg dikenakan dipertikaikan olehnya, dia rasa ada mainan politik kotor utk menganinyanya.
Mungkin ini alasan dia tak nak byr cukai, sebab cukai yg dikenakan diperolehi adalah derma dari luarnegara dan derma tersebut telah dikembalikan semula kepada penderma beberapa bulan kemudian dlm tahun yg sama.
Jadi tak perlulah main politik dengan cara yg macam ini.
Janganlah buat2 tak faham..., nampak sangat macam memperbodohkan diri sendiri.
Biarlah Najib membela dirinya sendiri, itu hak dia. Kita kalau jadi dia pun , rasanya akan mengambil tindakkan yg sama.

http://www.hasil.gov.my/bt_goind ... unit=5000&bt_sequ=1
  
15. Sekiranya saya telah  bekerja di luar negara, adakah pendapatan tersebut dikenakan cukai di  Malaysia?
  
  
Pada amnya, pendapatan daripada penggajian sepatutnya dikenakan  cukai di negara di mana perkhidmatan dilakukan tanpa mengira tempat di mana  kontrak ditanda tangan atau di mana saraan dibayar.
  
Mulai Tahun Taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari  luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Oleh itu, pembayar cukai  sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan  cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja (Perenggan 28(1),  Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967).
  
Sekiranya tuan telah bekerja di luar negara dan pekerjaan yang  dijalankan berkaitan dengan penggajian yang dijalankan di Malaysia, maka  pendapatan penggajian yang diperolehi akan dikenakan cukai di Malaysia.
  



Quote Firenzza 2-6-2021 10:52 PM
rashiman replied at 2-6-2021 09:52 PM
Kesnya begini.

Tiba-tiba LHDN di bawah Menteri Kewangan kata saya hutang cukai RM1.69 bilion wa ...

Sekarang kjn PH dah xde...yg ada umno + pas + sikit bersatu dll. Knp masih salahkan PH?
Quote sidewinder 2-6-2021 11:07 PM
Edited by sidewinder at 2-6-2021 11:12 PM
rashiman replied at 2-6-2021 10:40 PM
Cukai yg dikenakan dipertikaikan olehnya, dia rasa ada mainan politik kotor utk menganinyanya.
Mu ...

yer ker gitu kerrrr kena bayar cukai je mainan politik....masuk court jer mainan politik.....org yg percaya dia jadi mangsa mainan politik lagi nampak bodoh nyer......kalu satu hari ni abah kau jadi ahli politik biasa tetiba dia didakwa dgn cam gitu tak mustahil sbb ahli2 politik ni plus minus sesama dia org.....bila jadi kerajaan wowww tunjuk kuasa.....bila dah tak jadi kerajaan tetiba dakwa dia jadi mangsa keadaan la....mangsa politik laa itu laa ini laa...pastu tunjuk pandai....
Quote tipahketipung 2-6-2021 11:15 PM
Padan muka. Harap hilang status MP. Ya Allah permudahkan lah!
Quote rashiman 2-6-2021 11:57 PM
Firenzza replied at 2-6-2021 10:52 PM
Sekarang kjn PH dah xde...yg ada umno + pas + sikit bersatu dll. Knp masih salahkan PH?

dia kena pada zaman PH, saki baki yg menentang dia dan berkuasa pula, masih ada di zaman PN skrg.
Quote Kelakatu88 2-6-2021 11:58 PM
Bosskurrrrr

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.061517 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top