Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun diikat pada sebatang tiang dan tubuhnya dilumur dengan madu sebagai satu bentuk hukuman oleh bapanya sendiri.
Difahamkan, bapanya bertindak sedemikian selepas seorang jiran menuduh kanak-kanak tersebut mencuri. Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung di wilayah Shebin El Qanater, Mesir. Bapa kanak-kanak tersebut yang namanya tidak didedahkan, didakwa mengikat serta melumur madu pada badan anaknya dan meninggalkannya di atas bumbung. Tidak dapat dipastikan berapa lama tempoh kanak-kanak lelaki itu 'dihukum'. Serangga seperti lebah dan nyamuk turut menghurungi tubuh badannya yang melekit dengan madu.
Bapa kanak-kanak itu kemudian ditangkap tidak lama selepas anaknya ditemui. Ibu kandung kanak-kanak itu yang menetap di kampung lain terkejut apabila mengetahu keadaan anaknya dan memutuskan mahu meminta pertolongan daripada kumpulan aktivis kanak-kanak. -CARI Sumber: mStar/ Dailystar
|
husna_amal replied at 3-6-2021 10:16 AM
Orang dulu2 pun hukum anak lebih kurang macam ni. Anak sekarang dimanjakan sangat buat kesalahan tak ...
husna_amal replied at 3-6-2021 10:16 AM
Orang dulu2 pun hukum anak lebih kurang macam ni. Anak sekarang dimanjakan sangat buat kesalahan tak ...
GummyBear123 replied at 3-6-2021 05:04 PM
bodoh lah kau
white_musk: Jika anak adik buat silap, adik akan hukum begini kah?
edayildiz replied at 19-8-2021 10:21 PM
kejamnya la haih ayahnya pun..kalau zaman skrg ni ank nakal nk kena bg hukuman camna eh?
mcm i dulu ...
lwyl replied at 19-8-2021 10:24 PM
Cina bagi anak ‘makan’ rotan.
edayildiz replied at 19-8-2021 10:21 PM
kejamnya la haih ayahnya pun..kalau zaman skrg ni ank nakal nk kena bg hukuman camna eh?
mcm i dulu ...
ADVERTISEMENT