|
Dengan gelombang kedua Covid-19 yang melanda India ketika ini, kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung (lockdown) di kebanyakan bandar di India.
Rakyat hanya dibenarkan keluar dari kediaman mereka untuk urusan yang penting sahaja. Baru-baru ini, seorang lelaki ditahan polis di bandar Gadag Karnataka kerana melanggar perintah lockdown yang sedang dikuatkuasakan. Ketika polis bertanya alasannya mengingkari peraturan yang ditetapkan, lelaki tersebut selamba mengatakan ayamnya mengalami masalah sembelit dan perlu dirawat di klinik haiwan. Alasan tersebut serta merta membuatkan pihak polis pecah perut, sebelum menghantar lelaki itu kembali ke rumah. -CARI
Sumber: mStar/ India.com
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.046643 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.