SHENZHEN: Gergasi teknologi China, Huawei melancarkan sistem operasi (OS) telefon pintar dikenali sebagai HarmonyOS. Langkah itu dilihat sebagai usaha Huawei menyesuaikan diri selepas kehilangan akses kepada perkhidmatan mudah alih Google. Amerika Syarikat (AS) dua tahun lalu meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangan. Sejumlah 100 model telefon pintar Huawei akan dikemas kini dengan sistem HarmonyOS.
Sistem tersebut turut tersedia untuk model tablet dan skrin pintar tertentu pada suku keempat tahun ini. "Pengalaman pengguna menggunakan HarmonyOS mengatasi pengalaman di era Android. "Kami berjaya menyelesaikan isu, misalnya masalah peranti menjadi perlahan selepas beberapa lama di era Android. "HarmonyOS ada lebih banyak fungsi dan lebih berdaya tahan, dan ia bakal menjadi sistem operasi terhebat di era 'internet of things' (internet benda) ini." Pelancaran sistem operasi ke peranti pengguna Huawei dilakukan selepas syarikat itu disenarai hitam Amerika Syarikat (AS). Ini menjadikan beberapa perhidmatan penting termasuk Google dan cip komputer dilarang didagangkan bersama Huawei. AS menuduh Huawei membantu menjalankan intipan untuk kerajaan China, dakwaan yang dinafikan syarikat itu. Senarai hitam itu menjadi tamparan hebat buat Huawei memandangkan ia bergantung banyak teknologi penting daripada AS. Sumber : Astro Awani |
ADVERTISEMENT