Lama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menghilang, sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Tapi di Instagram, bukan main ada sahaja perkembangannya yang terbaharu.
Cemburu tengok bila Sajat seronok bermain tepi pantai, siap berbikini dan mandi bunga lagi.
Ramai yang tertanya-tanya di mana agaknya lokasi tersebut.
Di Facebook, ada netizen yang buat penyiasatan sampai 4.30 pagi katanya untuk mendedahkan lokasi sebenar Sajat. Menurutnya Sajat berada di sebuah villa di Thailand. Lebih spesifik lagi di Villa Maroc Resort yang terletak di pesisir pantai Pranburi. Sebelum ini pihak polis juga mengesyaki Sajat berada di luar negara. Episod Sajat menghilangkan diri bermula apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal hadir diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab. Pulanglah Bang Jat, ramai yang merinduimu. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|