Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa Putrajaya segera menggunakan vaksin yang sudah digunakan di negara maju tanpa perlu membuang masa mengkaji terlalu lama untuk meluluskannya.
Tun Mahathir berkata, usaha untuk menggandakan kadar vaksinasi kepada masyarakat perlu dipergiat untuk membebaskan negara daripada jangkitan Covid-19. Tak perlu kita nak buat ujian lain supaya kita dapat tentukan soal itu soal ini, tegas Tun Mahthir sambil menyambung, kalau ia (vaksin) boleh digunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain, guna sajalah. “Kita dapati tiada satu pun laporan kes kematian di UK ketika ini kerana mereka berjaya menjalankan kempen yang begitu agresif untuk menyuntik seberapa ramai rakyatnya. Belum 80% pun sudah ada kesan,” katanya dalam rakaman video. Ketika ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) hanya meluluskan tiga jenis vaksin iaitu Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.
Bagaimanapun, vaksin Sputnik V, CanSino dan Johnson & Johnson yang sudah digunakan secara meluas di negara serantau masih menjalani penilaian oleh NPRA. Bekas Perdana Menteri itu yang juga Ahli Parlimen Langkawi membidas pengumuman “total lockdown” oleh kerajaan kerana jalan raya masih lagi sesak walaupun perintah kawalan pergerakan itu dilaksanakan semalam, 1 Jun. “Nampaknya tak ‘total’ pun. Ramai orang boleh pergi kerja, banyak kereta lalu-lalang atas jalan. Bermakna ada pengecualian untuk orang itu orang ini. “Kita dapati mereka (kerajaan) umum ‘lockdown’, janganlah cakap ‘total’, cakap sajalah ‘partial (sebahagian)’, beritahu perkara sebenar,” katanya. Sumber: FMT/Suara Merdeka |
nono86 replied at 3-6-2021 05:12 PM
Hmm, bila dah tak jadi pemimpin baru la bernas kata2 doktor ni.. Agaknya kalau doktor2 ni masih PM d ...
nono86 replied at 3-6-2021 05:12 PM
Hmm, bila dah tak jadi pemimpin baru la bernas kata2 doktor ni.. Agaknya kalau doktor2 ni masih PM d ...
pyropura replied at 3-6-2021 07:11 PM
Sama macam aku cakap dulu, Npra perasan macam bagus je padahal FDA, EMA, UK regulator semua tu lagi ...
chipsmoremore replied at 3-6-2021 06:59 PM
Biasanya kalo jadi pembangkang je idea diorg bernas... bila dah jd gov automatik x cer***{:run
ADVERTISEMENT