Seorang wanita di Filipina mendakwa menu ayam goreng dipesan dari sebuah restoran makanan segera sebenarnya tuala yang disalut tepung dan digoreng rangup, lapor portal Newsweek. Alique Perez memuat naik berhubung insiden itu dalam media sosialnya berkata, dia memesan ayam goreng itu dari restoran makanan segera Jollibee di Taguig melalui perkhidmatan penghantaran makanan Grab untuk anaknya.
Apabila dia merobek lapisan tepung goreng yang menyaluti permukaan makanan itu, dia sangat terkejut kerana mendapati ia bukanlah isi ayam sebaliknya sehelai tuala pengelap berwarna biru. “Perbuatan ini sangat menjijikkan. Bagaimana anda boleh memasukkan tuala pengelap dalam adunan tepung dan menggorengnya seperti ayam,” tulis Perez di Facebook bersama gambar dan video. “Sebelum ini, saya merasakan semua kejadian kotor yang dilihat di media sosial adalah lakonan semata-mata, namun sekarang saya sedar ia sememangnya boleh berlaku,” katanya.
Tambah Perez, dia tidak dapat membayangkan minyak tuala goreng itu digunakan berulang kali untuk pesanan pelanggan lain dan mungkin mencemari hidangan mereka. Bagaimanapun, Perez tidak memberikan sebarang perkembangan mengenai tindakannya selepas menerima pesanan itu atau sama ada pihak Jollibee telah membuat sebarang permohonan maaf dan membayar ganti rugi kepadanya. Sumber: Kosmo!
|
Drmu replied at 3-6-2021 05:51 PM
Ada youtuber Indo buat reaction...mmg ada makanan Dari sampah. dia kutip dari tmpat buang sampah, ma ...
ADVERTISEMENT