CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Kopi Cili', On Tak On?

3-6-2021 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5228| Komen: 23

Lupakan gula putih, krimer atau susu kerana sudah tiba masanya anda mencuba resepi kopi terbaharu iaitu kopi pedas.


Gambar hiasan


Kopi pedas ini mungkin membuatkan anda geleng kepala berfikir tentangnya. Bagaimana rasa pahit kopi dicampur bersama cili yang pedas? Adakah ia sesuai?

Resepi terbaharu ini merupakan idea yang sedang dikembangkan oleh seorang pakar pemakanan sebuah syarikat multinasional di Amerika Syarikat, Morgan Osborne.

"Saya bimbang pada awalnya untuk mencuba resepi kopi dicampur dengan sos cili tetapi pada masa sama saya yakin ia enak," katanya.

Tapi Morgan memberitahu dia sedar tidak semua jenis kopi atau cili yang sesuai digabungkan bersama dan sebab itu dia memilih kopi jenis light roast dan medium roast agar rasanya tidak terlalu pahit.

Biji kopi yang dipanggang hingga kehitaman juga akan menghasilkan rasa pahit dan menghambarkan rasa pedas daripada cili.


Morgan juga memasukkan beberapa bahan lain dalam campuran itu termasuk vanila bagi memberi rasa manis dan menggunakan sos cili yang tidak menggunakan cuka.



"Cuka akan menyebabkan rasanya menjadi tajam dan menenggelamkan rasa kopi," katanya.

Portal Eat This Not That pula melaporkan kopi pedas mula menjadi trend sejak kebelakangan ini dan ramai mula menyukainya.

"Orang mungkin takut rasanya tidak sedap atau hanya akan terasa pedas tetapi sebenarnya ia sedap.

"Tambahan pula cili mengandungi capsaicin yang memberikan sensasi hangat pada lidah tetapi ia mempunyai antioksidan yang dapat mengurangkan paparan radikal bebas selain menurunkan risiko kanser, alzheimer, sirosis dan katarak," ujarnya.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-6-2021 05:42 PM
kena tukar....'sapa yg minum kopi(cili)...dia la terasa pedas'...gitu???
Quote chipsmoremore 3-6-2021 06:56 PM
Hilang nikmat kopi... x pa sis setia dengan kopi che nah
Quote Afifi82 3-6-2021 10:29 PM
Merepek-repek la resep . Perosak rasa kopi je.
Quote Zazama 3-6-2021 10:35 PM
Tak On. Nanti buasir! He2x!
Quote jomZ 4-6-2021 01:44 AM
wow...apa kah rasa dia..
Quote any42 4-6-2021 01:51 AM
klau mnuman pun nk rasa pedas so xleh nk santai2 mnum utk hilangkn haus sbb kna mnum air lain pula utk hilangkn pedas. ke mcm mna konsep mnuman tu. eh pening la mcm ni
Quote apple_una 5-6-2021 12:25 AM
mati rasa kopi tu kalau dh pedas mana nikmat pahitnya kan
Quote lalangkering 5-6-2021 02:26 AM
Lepas ni kopi+ cheese meleleh pulak
Quote NekNgah 5-6-2021 11:02 AM
Nak try...

Tunggu coffee outlet mana yang akan ada menu ni nanti.
Quote Cece1234 5-6-2021 03:42 PM
Tgk pun tau xsedap..
Quote user.name 5-6-2021 05:24 PM
ni ala2 pumpkin spice latte ke nok

Quote biozipstar 5-6-2021 11:15 PM
macam tak menarik je huhu
Quote imanjannah 7-6-2021 12:14 PM
wowww.. teringin nak rasa, mcm coklat yg tambah cili tu
Quote AyaqMeloSuam 7-6-2021 05:08 PM
Tgah hiruppp.. pastu tsedakkkk... !!
Quote Qumpy 20-6-2021 04:55 PM
Nnt nak try
Quote nesloice 20-6-2021 06:06 PM
apooo
Quote anakmak 23-6-2021 08:45 AM
Pernah mkn pisang masak yg digoreng kosong dan ditabur serbuk cili
Yummy kau
Quote hyunniesSS501 28-6-2021 04:13 PM
ni minuman la oiiii
klu makanan bleh je nak spicy cheesy apa jadah
Quote cariplease 26-7-2021 09:52 PM
Rasa nak cuba

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.132590 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top