Pemandu teksi membangkitkan persoalan dan kekeliruan berhubung prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh (total lockdown) berhubung jumlah kapasiti penumpang kenderaan awam.
Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Semalaysia (GTSM), Kamaruddin Hussain menjelaskan, mengikut SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) teksi hanya dibenarkan membawa dua penumpang termasuk pemandu. Katanya, berbeza pula dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah dalam sidang akhbar yang memaklumkan mereka dibenarkan membawa tiga penumpang iaitu seorang pemandu teksi dan dua pelanggan. “Keadaan ini benar-benar mewujudkan suasana haru-biru dan menimbulkan kekeliruan di seluruh negara.
“Saya sendiri menerima banyak panggilan daripada pemandu dan persatuan yang bertanyakan tentang perkara ini. Sehubungan dengan itu kami ingin merayu kepada kerajaan, tolonglah beritahu kami SOP mana yang harus kami ikut dan patuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini. Kementerian Pengangkutan sebelum ini dalam satu kenyataan memaklumkan bagi teksi dan e-hailing, hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau e-hailing dalam satu masa tanpa mengira kapasiti dan penumpang hendaklah duduk di tempat duduk belakang. Selain itu, tiga orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi tujuan kecemasan. Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, pihaknya merayu kepada Ketua Polis Negara supaya mengeluarkan arahan yang jelas kepada semua anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) memandangkan timbul pelbagai kekeliruan sejak PKP 1.0 dilaksanakan sehingga kini. “Kami menerima ribuan aduan dari ahli-ahli kami di seluruh negara termasuk di Sabah dan di Sarawak sejak PKP 1.0 dimana berlakunya banyak kekeliruan di SJR apabila anggota polis yang bertugas seolah-olah anggota polis tidak tahu SOP sebenar yang dikeluarkan oleh MKN. “Walaupun tidak semua, tetapi keadaan ini amat membingungkan,” katanya. Sumber: UTUSAN
|
LadyCarefree replied at 3-6-2021 06:11 PM
Stop calling this total lockdown. Lockdown pun tak.
Skuau: buat salinan sop tu..sebesar alam...simpan dlm keta...ikut sop tu...kalo polis tahan...kalo polis ckp beza ngn sop mkn tu...ko kuarkan salinan tu..bg ...
ADVERTISEMENT