Walaupun sudah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0), masih ada lagi dikalangan rakyat Malaysia yang "panic buying". Ini terbukti sehari sebelum PKP3.0 dilaksanakan, tular gambar-gambar setiap pasaraya diseluruh Malaysia kebanyakannya dipenuhi pengunjung yang menunggu giliran untuk membeli stok bekalan harian. Tapi kan rupa-rupanya pelakon terkenal, Shaheizy Sam pun ter"panic buying" apabila mengaku dia telah membeli bekalan roti dalam kuantiti yang banyak. "Haa ni baru orang cakap padan muka. Dok panic buying beli habis satu kedai punya roti aku sapu" "Tapi sebelum ia rosak sendiri nak kena lah bagi orang,nak bagi rumah orang sebelah semua dah ada roti. Rumah-rumah lain semua dah ada roti. Memang semua orang makan roti ek?" kata suami kepada pelakon Syetila Melvin itu.
Kesudahannya, pelakon anak kelahiran Petaling Jaya itu terpaksa menawarkan roti tersebut secara percuma kepada pengikut Instagramnya.
|
dudaberhias replied at 4-6-2021 12:58 AM
roti memang penting... tapi dari roti ni baik beli yang dah siap krim...
yang tu tahan lebih lama.. ...
cmf_ctrl replied at 4-6-2021 01:06 AM
bukan ke roti gardenia biasa tu memang campur merah dan biru ke? selalu beli yg ni je tahan lah ...
Firis replied at 4-6-2021 01:24 AM
Aku pun mmng beli yg nie wlaupun mahai ckit dr yg value buy sbb yg ini bg aku die lembut ckit.
Al ...
ADVERTISEMENT